ARTIKEL TERBAIK

WAKTU SESUAI UNTUK ANDA BUAT TRADING FOREX

KEMBANGKAN MODAL NIAGA ANDA DENGAN COPYTRADE KAMI. KLIK SINI !!

Tahukah anda, waktu yang berbeza dalam sehari juga mempunyai tingkah laku pasaran yang berbeza. Ini juga bergantung kepada jumlah dan juga kepada petunjuk ekonomi yang dikeluarkan pada setiap negara. Bagi mereka yang sukakan pergerakan pasaran yang lebih tenang dan tidak ganas, berikut adalah beberapa masa yang baik untuk trade.

Masa telah disesuaikan mengikut waktu Malaysia. Masa dalam kurungan mengikut zon GMT UK, semasa musim sejuk di hemisfera utara. Untuk masa musim panas, hanya tolak satu jam.

Waktu Malaysia : 10:15 Pagi – 12:00 Tengah Hari

Kecuali ada keputusan interest rate di Australia, waktu ini adalah tenang. Peniaga di Tokyo tidak begitu bersemangat pada awal sesi, data Australia sudah keluar dan kenyataan akhbar data China sesekali juga telah berada di belakang.

Satu-satunya risiko yang berpotensi adalah keputusan interest rate di Jepun, tetapi ini biasanya datang beberapada jam kemudian. Eropah masih tidur.

Waktu Malaysia : 5:15 Petang 8:00 Malam

Para pedagang di London adalah lebih cergas, terutamanya pada awal sesi. Di samping itu, kebanyakan data UK disiarkan pada 4:30 petang Malaysia dan siaran data Eropah biasanya disiarkan sehingga jam 5 petang Malaysia . Oleh itu pada 5:15 petang Malaysia, tindak balas kepada data telah dilihat, dan dagangan tetap aktif, namun tanpa terlalu banyak kejutan.

Waktu Malaysia : 8.00 malam

Para trader di New York sudah bersedia dan kejutan yang berpotensi dapat dilihat pada 8:30 malam Malaysia  apabila Amerika Syarikat mula menyiarkan data dan laporan ekonominya.

Waktu Malaysia : 6:00  8:00 Pagi

TAK SEMPAT NAK TRADE? TAK PANDAI TRADE? TRADEBOT KAMI BOLEH BANTU ANDA . KLIK SINI !!

Selepas sesi AS ditutup, adalah lebih baik berhati-hati sekiranya anda ingin trade. Ini adalah kerana kecairan adalah rendah dan ini adalah masa yang baik untuk agensi penarafan mengejutkan pasaran dengan penurunan taraf kredit. Sering kali, penerbitan ini dibuat selepas pasaran ditutup di Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, pada 6:00 pagi Malaysia adalah masa munasabah untuk menjangkakan pasaran yang tenang dan berdiam diri sehingga data disiarkan di Australia dan Jepun. Terdapat trader yang mendapatkan waktu tenang untuk range trading manakala yang lain mencari pasaran yang aktif dan trade pada waktu news.

Waktu yang paling sibuk biasanya pada 8:00 11:00 malam Malaysia , apabila berita ekonomi utama AS disiarkan, dan jumlah dagangan adalah di kemuncaknya  pada pertindihan sesi Eropah dan Amerika Syarikat.

Apakah pilihan masa anda untuk trading? Adakah anda lebih suka aksi ketika berita ekonomi atau masa tenang?

BUAT BISNES ONLINE DAN UNTUNG SEHINGGA 1200% SEBULAN .KLIK SINI !!

PESANAN ADMIN

ADMIN
Dagangan dalam pertukaran Matawang Asing adalah berisiko tinggi juga memberi pulangan yang besar dan tidak sesuai untuk semua pelabur. Anda di nasihatkan supaya mempertimbangkan pelaburan,objektif, tahap pengalaman dan risiko anda jika masih mahu meneruskan penglibatan dalam industri ini.

Artikel berkaitan

SEJARAH BAGAIMANA TERCIPTANYA “JAPANESE CANDLESTICK” YANG KITA GUNAKAN HARI INI

KEMBANGKAN MODAL NIAGA ANDA DENGAN COPYTRADE KAMI. KLIK SINI !!     Artikel ini akan memberi …

error: Content is protected !!