Sebagai seorang FOREX trader..anda perlu tahu masa yang sesuai untuk anda masuk kedalam pasaran dan lakukan trading anda.Berikut adalah zon masa pasaran pasaran tukaran matawang dunia beroperasi mengikut masa lokal ( GMT +8 )
Jadual diatas menunjukkan dari jam 13 ( 1.00pm ) hingga 12 ( 12.00pm )
SESI NIAGA PASARAN ASIA
Memandangkan sesi niaga ini mula2 dibuka selepas hujung minggu, jarang kita akan lihat reaksi pasaran daripada berita semasa sepanjang beberapa jam pertama urusniaga.Biasanya ia boleh berlanjutan sehingga sesi niaga eropah.Apa apa berita yang signifikan di asia akan menentukan naik turun equity China dan Jepun yang mana akan menjadi penggerak utama pasaran dalam sesi niaga ini.
Walau bagaimana pun, pasaran biasanya tak rancak sepanjang sesi ini.
Selepas pasaran asia berakhir, volatility AUD dan NZD akan jatuh mendadak
SESI NIAGA PASARAN EROPAH
Sesi bukaan pasaran London biasanya agak sibuk dan kita akan lihat gerakan besar matawang GBP dan EUR .Sesi berita semasa juga akan banyak sejak awal pagi dan dalam masa satu atau dua jam pertama mungkin antara sesi paling penting sepanjang pasaran dibuka
SESI NIAGA PASARAN U.S
Apabila sesi niaga U.S dibuka, pasaran matawang akan berada dalam keadaan paling volatile, memandangkan amerika adalah kuasa dunia terbesar dan sudah tentu pasaran dunia akan mengikuti apa yang berlaku dalam pasaran matawang U.S ini
Sepanjang sesi urus niaga bertindih antara jam 8pm-11pm , banyak berita semasa dan pakej ransangan ekonomi akan diumumkan dan pada masa inilah keadaan yang paling sibuk bagi pasaran dunia.