ARTIKEL TERBARU

SEJARAH DAWN RAID 1981

KEMBANGKAN MODAL 100USD ANDA MENJADI 6 ANGKA DALAM SETAHUN ! KLIK SINI
Ini adalah kisah kejayaan melibatkan sebuah negara kecil di Asia Tenggara yang diketuai sekumpulan anak Malaysia bersama-sama aspirasi puluhan juta rakyat Malaysia pada ketika itu yang bercita-cita besar membawa pulang aset yang dimiliki oleh “tuan penjajah” kita dahulu bernama British.

Akhirnya menyaksikan kejatuhan syarikat British yang berusia lebih 200 tahun ke tangan Malaysia (ladang Guthrie pun dahulunya milik Malaya) sekaligus berjaya menundukkan keegoan Britain dalam usaha mendapatkan semula beratus ribu ekar tanah yang telah dimiliki British sejak zaman penjajahan.

Sejarah Awal Serangan Suboh (Guthrie Dawn Raid 1981) Bermula?

Semuanya bermula di atas satu syarikat yang berumur lebih 200 tahun lamanya, diasaskan sejak 1821 lagi oleh Alexender Guthrie yang diberikan nama Guthrie & Co di Singapura selepas diberikan lesen oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris. Macam-macam bisnes dan pernigaan yang dijalankan termasuklah kain, arak, rempah, mineral dan getah asli pada ketika itu.

Tahun 1896 : Guthrie memulakan penanaman getah

Tahun 1924 : Guthrie memperkenalkan tanaman kelapa sawit ke Tanah Melayu

Tahun 1965: Guthrie telah disenaraikan di Bursa Saham London (London Stock Exchange LSE) sebagai Guthrie Corp Ltd

Tahun 1969 : Selepas tahun 1969 Kerajaan Malaysia telah memulakan langkah di bawah kepimpinan Tun Razak untuk melakukan tindakan afirmatif yang besar-besaran dengan harapan dapat membasmi kemiskinan dan mengurangkan ketidaksamaan sosial antara kaum di Tanah Melayu pada masa itu. Malangnya, banyak aset negara masih lagi dimiliki dan dikendalikan oleh orang Barat.

Tahun 1970 : Berdasarkan rekod, dianggarkan lebih 60% aset korporat Malaysia masih dimiliki syarikat asing, dan dalam pada masa sama British terus meningkat pegangan sektor perladangan di Malaysia sehingga 175,000 ekar

Tahun 1978 : Permodalan Nasional Bhd (PNB) telah ditubuhkan.

TAK SEMPAT NAK TRADE? TAK PANDAI TRADE? TRADEBOT KAMI BOLEH BANTU ANDA . KLIK SINI !!

Tahun 1979 : Satu lagi agensi kerajaan, Pernas ditubuhkan, dan membawa pulang Sime Darby Bhd.

Tahun 1980 : Atas arahan kerajaan, Sime Darby melantik Rotchild Merchant Bank untuk menjadi penasihat kepada PNB dan juga Sime Darby dalam usaha mengambilalih Guthrie. Percubaan pertama gagal untuk membawa balik Guthrie gagal kerana masalah teknikal dan harga saham Guthrie pada masa itu terlalu mahal.

Usaha pengambilalihan Guthrie hanya boleh dimulakan semula setahun selepas itu (tahun 1981 pula) berdasarkan undang-undang pelaburan di Britain pada masa itu.

Tahun 1981 : British terus meningkatkan pemilikan aset perladangan mereka kepada 194,000 ekar dengan tanaman getah, koko, ladang teh

DAWN RAID Tahun 1981 : Adalah tahun kedua untuk Malaysia cuba membawa pulang Guthrie ke Malaysia yang merupakan langkah yang penuh dengan taktikal dan strategi daripada PNB kali ini. Serangan Suboh (Dawn Raid 1981) ini diketuai oleh Tun Ismail Mohamed Ali bekas Gabenor BNM kedua & Rotchild mula mengkaji undang-undang berkaitan pelaburan di Britain, serta mendapat bantuan bersama penganalisis muda merangkap pengurus pelaburan PNB bernama Khalid Ibrahim bagi memantau usaha membawa balik Guthrie dan bekerjasama dengan pemegang-pemegang saham serta mengatasi masalah yang mungkin boleh menghalang usaha tersebut.

Sejarah Serangan Suboh (Guthrie Dawn Raid 1981) : Aset Guthrie, Sime Darby & Golden Hope Dianggarkan Bernilai RM36 Bilion

Berdasarkan semakan Berita Semasa, semenjak tahun 1977 Guthrie sudah ada banyak projek perladangan di Filipina, China and Afrika. Dan ada satu projek yang dilancarkan pada awal suka kedua tahun 1981 yang sedikit sebanyak membantu PNB bagi melancarkan projek berprofil tinggi ini sekaligus merealisasikan serangan yang sarat dengan aspek taktikal dan strategi ke atas pasaran saham melibatkan negara penjajah Tanah melayu suatu ketika dahulu. Walaupun ada yang mengatakan Malaysia tidak pernah dijajah

Pada April 1981, pelancaran Amanah Saham Nasional (ASN) telah dilancarkan untuk rakyat Malaysia sebagai salah satu satu daripada serampang dua mata, selain daripada menggalakkan aspek tabungan dan pelaburan dikalangan anda rakyat Malaysia pada masa itu tetapi juga ia adalah platform terbaik bagi meningkat jumlah modal bagi menjayakan projek serangan subuh (Dawn Raid 1981).

Pemilihan serangan Subuh (Dawn Raid 1981) ke atas saham Guthrie adalah pemilihan tepat dek kerana beberapa faktor :

Saham Guthrie turut dimiliki Genting Berhad melalui perniagaan (CEO Genting Lim Goh Tong) mempunyai hubungan yang akrab dengan Perdana Menteri Malaysia

Saham Guthrie dimiliki Bank Simpanan Nasional BSN – Bank yang milik kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah

Saham Guthrie dimiliki Kuwait Investment Group yang mana Tun Dr Ismail Ali juga merupakan Pengarahnya.

Saham Guthrie juga dimiliki OCBC Bank (pengerusi OCBC Tan Chin Tuan) satu-satunya pemegang saham yang dilihat neutral (50-50) di mana berkeras tidak mahu menjual saham Guthrie kepada PNB

Operasi serangan menyingsing Subuh (Dawn Raid 1981) cukup sulit sehinggakan Mohammad Desa Pachi, yang juga Ketua Eksekutif PNB tidak ada akses untuk menerima maklumat lengkap berkenaan projek berprofil tinggi itu.

Kronologi LENGKAP Serangan Dawn Raid 1981 (Pagi 7 September di Kota London)?

PNB telah mempunyai saham Guthrie sejumlah 25%

PNB hanya perlukan 15% saham sahaja lagi bagi membolehkan PNB menjadi pemegang saham utama Guthrie

Modal sejumlah £282 juta diperlukan pada masa itu untuk membeli saham Guthrie melalui dana ASN, Petronas dan PERNAS

Dan dana £282 juta tersebut diletakkan akaun bank di Switzerland

Pukul 12:00 tenghari : Pada ketika di Kota London masih lagi berlegar pukul 5 pagi, Tun Dr Ismail pula bergegas ke Singapura pada hari itu untuk berjumpa dan makan tengahari bersama pengerusi OCBC, Tan Chin Tuan dengan harapan OCBC menerima tawaran yang dikemukan oleh PNB untuk tujuan membeli saham Guthrie yang dipegang bank itu.

Pukul 3:30 petang : Tun Dr Ismail terpaksa menunggu lama bagi mendapatkan kata putus daripada OCBC yang mana berakhir dengan keputusan yang mendukacitakan. OCBC telah menolak tawaran PNB

Khalid Ibrahim terus dimaklumkan Tun Dr Ismail dengan berita buruk di masa yang cukup genting ini

Pukul 3:45 petang : Sementara di kota Di London, broker Rowe & Pittman serta Rothschilds terus tertunggu-tunggu keputusan terkini dan menunggu lampu hijau dari PNB bagi memulakan pembelian saham-saham Guthrie dari pelabur Inggeris pada pagi tersebut.

Akhirnya, Khalid Ibrahim memberikan butiran daripada sudut harga, angka yang diperolehi dan butiran keputusan kepada broker Rowe & Pittman

Sementara di Kuala Lumpur Khalid Ibrahim terus memastikan pemegang saham yang mesra dengan kerajaan Malaysia seperti BSN, Kuwait Investment Group dan juga Genting terus setia bersama mereka untuk uruniaga penjualan saham yang dijanjikan

BSN, Genting, Kuwait bersetuju menjual pegangan saham mereka yang diuruskan oleh Khalid Ibrahim di Kuala Lumpur
Akhirnya sebahagian besar saham Guthrie di Malaysia dan di London dibeli serentak sewaktu bursa dibuka, dan ia mesti dibeli tanpa disedari oleh pihak pengurusan Guthrie sendiri.

7 September 2014 (4 petang waktu Malaysia) : Hari serangan Subuh (Dawn raid 1981) yang ditunggu-tunggu pun bermula
Rothschilds berjaya beli saham Guthrie daripada M & G Investment Trust sejumlah 11% daripada 16-17% pegangan saham ke atas Guthrie

Walaupun apada mulanya berhadapan dengan kesukaran untuk memilih broker saham terbaik, akhirnya usaha pasukan projek Serangan Subuh ini ternyata berbaloi apabila PNB dapat beli lagi saham Guthrie daripada pemegang kecil melalui broker saham Rowe & Pittman sebanyak 5%

Apabila ia dibuka, PNB mengisytiharkan berita menggemparkan ini dan menguruskan dokumentasinya sahaja, sekaligus memberi kejutan kepada Guthrie dan pemegang saham lain.

Walaupun tanpa saham OCBC, dalam masa 4 jam, PNB berjaya memiliki 8 juta saham, atau 50.41% dari keseluruhan syarikat, tanpa disedari atau keizinan pihak pengurusan Guthrie.

Lewat tengahari waktu London, Guthrie jatuh ke dalam genggaman Malaysia.

Pengerusi Guthrie, Mark Gent hanya sedar bahawa bahawa syarikatnya jatuh ke tangan Malaysia setelah mendengar berita itu di radio.

Dalam masa 3 bulan, saham-saham Guthrie perlahan-lahan dijual kepada PNB. Pada akhir tahun 1981, 100% Guthrie berada di bawah pegangan anak tempatan.

Tidak lama selepas itu, tiga syarikat perladangan besar British di Malaysia —Highlands & Lowlands, Barlows dan Harrisons & Crosfield (H&C) akhirnya tunduk menjual kepentingan mereka di Malaysia kepada PNB.

Hasilnya, tanah milik Guthrie dan tanah-tanah lain milik Inggeris di Malaysia kembali ke tangan rakyat Malaysia.

Oleh kerana H&C memiliki tanah ladang getah, kelapa sawit dan aset bukan sahaja di Malaysia tetapi di negara lain seperti di India, New Zealand dan Taiwan, PNB juga menjadi tuan tanah baru kepada asset-aset Inggeris dari seluruh dunia.

Britian yang merupakan negara maju itu pun hanya hanya tahu seminggu kemudian selepas serangan Subuh (Dawn Raid). Perdana Menteri Britain Margaret Tharther merah muka menahan malu, akhirnya membbuat keputusan mengubah serta-merta pasaran saham Britain dengan syarat-syarat baru selepas Malaysia berjaya mengambilalih Guthrie secara sah di sisi undang-undang ekonomi antarabangsa

SUMBER DARIPADA BERITA SEMASA DOT COM

BUAT BISNES ONLINE DAN UNTUNG SEHINGGA 1200% SEBULAN .KLIK SINI !!

INFO RICHM7 GLOBAL NETWORK

RICHM7 GLOBAL NETWORK
Nak kata otai..memang jauh sekali.KAMI hanya sebahagian daripada traders yang profitable setelah menggunakan produk produk kewangan yang disediakan oleh RICHM7 GLOBAL NETWORK... yang nak jadik I.B dan kembangkan network tanpa perlu jadi masta trader pun boleh join kami..

Artikel berkaitan

NASIHAT DARIPADA OTAI FUNDAMENTAL TRADER UNTUK NUBIS

KEMBANGKAN MODAL 100USD ANDA MENJADI 6 ANGKA DALAM SETAHUN ! KLIK SINI  Tau baca al …

DISKAUN 15%
TIADA HADIAH
CUBA LAGI LAIN KALI
SIKIT JER LAGI
DISKAUN 10%
DISKAUN 10%
TIADA HADIAH
TAK BERNASIB BAIK
SIKIT JER LAGI
DISKAUN 15%
TIADA HADIAH
CUBA LAGI LAIN KALI
REBUT PELUANG UNTUK DISKAUN MENARIK!

Berikan butiran anda dan putarkan cabutan bertuah.

Terma dan syarat :

  • Hanya sekali putaran setiap kali anda layari laman web kami
  • Anda boleh cuba lagi jika tak bernasib baik selepas 7 hari.
STATISTIK COVID-19

Compare Listings

Title Price Status Type Area Purpose Bedrooms Bathrooms
error: Content is protected !!