ARTIKEL TERBAIK

RATUSAN INDIVIDU TERKAYA DUNIA TERKESAN DENGAN KETIDAKTENTUAN SOSIO POLITIK AMERIKA SYARIKAT

KEMBANGKAN MODAL NIAGA ANDA DENGAN COPYTRADE KAMI. KLIK SINI !!
KUALA LUMPUR: 500 orang terkaya di dunia rugi AS$35 bilion (RM151.46 bilion) semalam, apabila pasaran saham global mengalami kejutan susulan kecelaruan politik di Amerika Syarikat (AS), demikian menurut Bloomberg Billionaires Index.

 

Bill Gates, orang terkaya dunia dengan aset bernilai AS$86.8 bilion (RM375.63 bilion), kerugian AS$1 bilion (RM4.33 bilion) berikutan saham Microsoft Corp, jatuh sebanyak 2.8 peratus.

 

Pengasas bersama Amazon.com Inc, Jeff Bezos, yang mengambil alih kedudukan orang terkaya daripada Gates awal minggu ini, jatuh ke tangga ke tiga selepas kerugian AS$1.7 bilion (RM7.36 bilion) berikutan nilai sahamnya susut 2.2 peratus.

 

Bilionair Sepanyol, Amancio Ortega, pula kerugian AS$355 juta (RM1.536 bilion) untuk berada di tangga kedua dengan aset bernilai AS$83.2 bilion (RM360.05 bilion). Indeks saham global merudum susulan persekitaran kecelaruan politik yang menyelubungi Rumah Putih, yang mana hubungan mengaitkan Presiden Donald Trump dengan Russia dan pemberhentian Pengarah Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) James Comey, sedang dipantau rapi.

 

 
Menurut Bloomberg, saham AS mencatat kejatuhan terbesar sejak September, diterajui Nasdaq Composite yang susut 2.6 peratus. MSCI All-Country World Index susut 1.2 peratus, dan saham berkaitan bank mencatat prestasi terburuk. Pengasas Facebook Inc, Mark Zuckerberg, menerima kesan terbesar daripada persekitaran kecelaruan politik itu, rugi AS$2 bilion (RM8.65 bilion) apabila gergasi media sosial itu menguncup sebanyak 3.3 peratus. Zuckerberg adalah orang kelima terkaya di dunia dengan aset bernilai AS$62.3 bilion (RM269.60 bilion), demikian menurut indeks itu.
 
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/284017?m=1

BUAT BISNES ONLINE DAN UNTUNG SEHINGGA 1200% SEBULAN .KLIK SINI !!

INFO RICHM7 GLOBAL NETWORK

RICHM7 GLOBAL NETWORK
TRADERVERSITI sediakan beberapa produk fintech untuk kita sama sama membuat keuntungan daripada dagangan matawang.Anda juga dialu alukan untuk kembangkan karier anda bersama kami sebagai I.B

Artikel berkaitan

MULAI 2019, TRANSAKSI MELEBIHI RM25,000 PERLU LAPOR BNM

KEMBANGKAN MODAL NIAGA ANDA DENGAN COPYTRADE KAMI. KLIK SINI !!     KUALA LUMPUR: Bermula tahun …

error: Content is protected !!