ARTIKEL TERBAIK

PURATA GAJI PEKERJA DI MALAYSIA TAHUN 2020

KEMBANGKAN MODAL NIAGA ANDA DENGAN COPYTRADE KAMI. KLIK SINI !!

PUTRAJAYA: Gaji dan upah purata pekerja di Malaysia tahun lalu meningkat 4.4 peratus kepada RM3,224 berbanding RM3,087 pada 2018, demikian menurut Laporan Survei Gaji & Upah Malaysia 2019.

Ia sekali gus mengatasi paras kenaikan inflasi sepanjang 2019 iaitu 0.7 peratus.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata bilangan penerima gaji dan upah adalah seramai 9.2 juta

orang tahun lalu, meningkat lima peratus daripada 8.8 juta orang pada 2018.

“Nilai penengah gaji dan upah bulanan mencatatkan peningkatan 5.8 peratus daripada RM2,308 pada 2018 kepada RM2,442 tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan.

Laporan yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) itu membekalkan statistik gaji dan upah bulanan mengikut ciri-ciri demografi serta sosioekonomi.

Mohd Uzir berkata, peningkatan gaji dan upah pada 2019 adalah selari dengan prestasi ekonomi Malaysia yang turut merekodkan pertumbuhan 4.4 peratus pada harga semasa tahun lalu.

“Nilai penengah serta purata gaji dan upah bulanan untuk pekerja berpendidikan tertiari kekal tinggi, masing-masing berkembang pada

kadar 6.9 peratus dan dua peratus,” katanya.

Laporan DOSM turut mendapati penengah gaji dan upah bulanan bagi pekerja di bandar meningkat 6.2 peratus kepada RM2,565, manakala pekerja di luar bandar berkembang 5.3 peratus kepada RM1,560.

TAK SEMPAT NAK TRADE? TAK PANDAI TRADE? TRADEBOT KAMI BOLEH BANTU ANDA . KLIK SINI !!

Bagaimanapun, purata gaji dan upah bulanan menunjukkan trend sebaliknya tahun lalu apabila kadar peningkatan pekerja luar bandar adalah lebih tinggi iaitu enam peratus berbanding pekerja di bandar sebanyak empat peratus.

Mohd Uzir berkata, statistik gaji dan upah pada 2019 tidak dipengaruhi oleh impak negatif disebabkan pandemik COVID-19.

“Bagi 2020, penularan COVID-19 bakal memberi kesan kepada gaji dan upah yang diterima pekerja terutama dalam industri perdagangan borong dan runcit, pembaikan kenderaan bermotor dan motosikal, pengangkutan dan penyimpanan, penginapan dan aktiviti perkhidmatan makanan & minuman serta aktiviti kesenian, hiburan dan rekreasi berikutan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

 

SUMBER daripada BERITA HARIAN ONLINE

BUAT BISNES ONLINE DAN UNTUNG SEHINGGA 1200% SEBULAN .KLIK SINI !!

PESANAN ADMIN

ADMIN
Dagangan dalam pertukaran Matawang Asing adalah berisiko tinggi juga memberi pulangan yang besar dan tidak sesuai untuk semua pelabur. Anda di nasihatkan supaya mempertimbangkan pelaburan,objektif, tahap pengalaman dan risiko anda jika masih mahu meneruskan penglibatan dalam industri ini.

Artikel berkaitan

30000 HILANG PEKERJAAN, 10000 PULA DICUTIKAN

KEMBANGKAN MODAL NIAGA ANDA DENGAN COPYTRADE KAMI. KLIK SINI !!       PENULARAN Covid-19 menyaksikan …

error: Content is protected !!