ARTIKEL TERBARU

ANDA SERIUS BERNIAGA, JOM BUAT P.L.T

KEMBANGKAN MODAL 100USD ANDA MENJADI 6 ANGKA DALAM SETAHUN ! KLIK SINI

 

 

Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) adalah satu entiti perniagaan alternatif yang dikawal selia di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012. PLT ini menggabungkan ciri-ciri sebuah syarikat (Sdn. Bhd. atau Berhad) dan perkongsian konvensional.

Struktur perniagaan PLT direka untuk semua tujuan perniagaan yang sah di sisi undang-undang bertujuan untuk mendapat keuntungan. Ia sesuai untuk semua jenis perniagaan yang ingin menikmati ciri-ciri kelebihan pada syarikat. PLT seperti entiti perniagaan lain iaitu hanya boleh ditubuhkan atas dasar tujuan perniagaan bukan atas tujuan kebajikan.

PLT juga boleh dibentuk oleh golongan profesional seperti Peguam, Akauntan Bertauliah dan Setiausaha Syarikat bagi tujuan menjalankan amalan profesional mereka. Di mana sebelum ini golongan profesional lebih cenderung menguna entiti pemilikan tunggal dan perkongsian konvesional. Konsep PLT juga akan menyokong perniagaan baru dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mengembangkan perniagaan mereka tanpa perlu bimbang terhadap liabiliti dan aset peribadi serta keperluan pematuhan yang ketat.

Antara ciri-ciri utama yang perlu di ketahui dalam PLT ialah memberi perlindungan liabiliti terhad kepada rakan-rakan kongsinya sama seperti liabiliti terhad yang dinikmati oleh pemegang saham sesebuah syarikat. Maksudnya sebarang liabiliti yang wujud seperti tindakan pengulungan pada PLT tidak akan ditanggung secara peribadi pada rakan-rakan kongsi. Apa-apa hutang dan obligasi PLT akan ditanggung dan dibayar daripada harta PLT tersebut dan bukan daripada harta rakan-rakan kongsinya.

PLT boleh membuat peraturan perniagaan dalaman hasil perbincangan dan persetujuan antara rakan-rakan kongsi seperti pada sesebuah perkongsian konvesional. Tiada keperluan mandatori untuk perjanjian perkongsian. Sekiranya tiada perjanjian maka peruntukan di bawah Jadual 2 Akta PLT akan terpakai secara automatik. PLT tidak seperti syarikat yang tertakluk kepada keperluan pematuhan yang lebih ketat seperti yang terkandung di dalam Akta Syarikat 1965.

PLT mempunyai status undang-undang perbadanan pertubuhan yang boleh menyaman dan disaman atas nama PLT itu sendiri. PLT juga boleh memiliki aset atas namanya dan melakukan semua perkara lain yang sah di sisi undang undang atas namanya yang sama seperti sebuah perbadanan pertubuhan yang lain.

PLT juga menawarkan fleksibiliti dari segi penubuhan, penyelenggaraan dan penamatan. PLT juga boleh dikatakan mempunyai ciri-ciri dan tarikan yang dinamik agar dapat bersaing di peringkat domestik dan antarabangsa. Dengan pengenalan PLT dalam industri, para usahawan akan mempunyai lebih banyak entiti perniagaan untuk dipilih mengikut kesesuaian perniagaan mereka.

Perbezaan PLT dan perkongsian konvensional

TAK SEMPAT NAK TRADE? TAK PANDAI TRADE? TRADEBOT KAMI BOLEH BANTU ANDA . KLIK SINI !!

PLT menawarkan liabiliti terhad kepada rakan kongsinya, di mana apa-apa hutang PLT akan di tanggung sepenuhnya oleh aset-aset PLT. Manakala perkongsian konvesional, rakan kongsi mempunyai tanggungan liabiliti secara bersama dan berasingan dengan firma perkongsian tersebut.

Perbezaan PLT dan syarikat

Terdapat banyak perbezaan yang ketara antara PLT dan syarikat. Antaranya ialah:-

1) Tiada keluaran saham

Di dalam syarikat ada keluaran saham yang perlu diisukan untuk di jadikan modal. Manakala di dalam PLT, modal adalah dalam bentuk modal kongsi oleh rakan kongsi. Di mana tiada keluaran saham yang perlu diisukan.

2) Fleksibiliti membuat keputusan

Di dalam syarikat perlu mengikut prosuder atau keperluan formal seperti Mesyuarat Agung Tahunan dalam membuat keputusan. Manakala di dalam PLT tidak perlu mengikut keperluan formal seperti syarikat untuk membuat keputusan.

3) Tiada keperluan untuk mengemukan penyata kewangan kepada SSM

Kewajipan di berikan kepada syarikat untuk mengemukan penyata kewangan yang beraudit ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Kelewatan membolehkan syarikat dan pengarah-pengarah boleh dikenakan penalti. Untuk PLT, tidak perlu menghantar penyata kewangan kepada SSM. Malah PLT juga tidak perlu membuat audit untuk penyata kewangan yang disediakan.

 

Apa yang best pasal PLT ini?

Kos pendaftaran PLT adalah lebih murah berbanding pendaftaran Sdn.Bhd.

PLT tidak wajib mempunyai company secretary mahupun melantik accounting firm berbanding Sdn.Bhd, sebaliknya wajib melantik compliance officer.

Tidak perlu mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) dan tidak akan didenda jika tidak melakukannya.

Tiada keperluan untuk mengemukakan penyata kewangan (Annual Return) kepada SSM

Akaun perniagaan tidak perlu diaudit.Tetapi syarikat boleh membuat akaun untuk memantau perniagaan sendiri

Cukai LHDN lebih rendah berbanding Enterprise.

Boleh convert kepada Sdn Bhd

Hutang ditanggung oleh PLT bukan sepenuhnya oleh pemilik.

Berapa kos yang diperlukan untuk buka PLT ini?

Pendaftaran – RM500
Reserve Name – RM30
Dokumen Perakuan SSM – RM21.20
Dokumen Profil Syarikat – RM21.20
Deposit Akaun Bank* – RMxxx (amount ini berbeza mengikut bank masing-masing)

Bagaiman cara nak mendaftar PLT?

Yang paling best sekali adalah semuanya boleh dibuat secara online. Cuma kena lantik seorang compliance officer sebagai wakil syarikat untuk pergi ke SSM untuk validate kad pengenalan & cap jarinya. Proses ini memerlukan compliance officer untuk pergi ke mana-mana pejabat SSM.

The rest, boleh sign up terus di website ini : https://myllp.com.my/

Semua pembayaran boleh dibuat via transfer online

BUAT BISNES ONLINE DAN UNTUNG SEHINGGA 1200% SEBULAN .KLIK SINI !!

INFO RICHM7 GLOBAL NETWORK

RICHM7 GLOBAL NETWORK
Nak kata otai..memang jauh sekali.KAMI hanya sebahagian daripada traders yang profitable setelah menggunakan produk produk kewangan yang disediakan oleh RICHM7 GLOBAL NETWORK... yang nak jadik I.B dan kembangkan network tanpa perlu jadi masta trader pun boleh join kami..

Artikel berkaitan

PILIHANRAYA UMUM U.K MEMBERI ISYARAT LEBIH JELAS UNTUK BREXIT

KEMBANGKAN MODAL 100USD ANDA MENJADI 6 ANGKA DALAM SETAHUN ! KLIK SINI     Keputusan pilihanraya …

DISKAUN 15%
TIADA HADIAH
CUBA LAGI LAIN KALI
SIKIT JER LAGI
DISKAUN 10%
DISKAUN 10%
TIADA HADIAH
TAK BERNASIB BAIK
SIKIT JER LAGI
DISKAUN 15%
TIADA HADIAH
CUBA LAGI LAIN KALI
REBUT PELUANG UNTUK DISKAUN MENARIK!

Berikan butiran anda dan putarkan cabutan bertuah.

Terma dan syarat :

  • Hanya sekali putaran setiap kali anda layari laman web kami
  • Anda boleh cuba lagi jika tak bernasib baik selepas 7 hari.
STATISTIK COVID-19

Compare Listings

Title Price Status Type Area Purpose Bedrooms Bathrooms
error: Content is protected !!