ARTIKEL YANG MENARIK

PILIHANRAYA UMUM U.K MEMBERI ISYARAT LEBIH JELAS UNTUK BREXIT

[IKLAN] PROJEK ZERO TO HERO [IKLAN]

Keputusan pilihanraya UK: Conservative (365), Labour (203), SNP (48), Lib Dem (11).

Conservative (kadang dipanggil dengan nama lama “Tory”) menang tu tak surprise. Yang surprise ialah majoriti yang begitu besar. Kali terakhir Conservative dapat 360+ kerusi adalah pada zaman Margaret Thatcher (1979-1990). Terdiam orang yang sebelum ni skeptis dan sinis dengan kebolehan Johnson sebagai pemimpin.

Keputusan ini membuktikan 2 perkara:

PERTAMA, rakyat UK dah fatigue dengan isu Brexit yang masih belum selesai. Just f—ing get it done. Dah tak larat nak layan Second Referendum yang akan berlaku kalau Labour menang.

Seperti yang Johnson harapkan, pengundi di kawasan Red Wall telah “swing” dari Labour ke Conservative. Lebih 40 kerusi Labour beralih ke Conservative, termasuk kerusi stronghold seperti Blyth Valley (dipegang Labour sejak 1950), Bishop Auckland (dipegang Labour sejak 1935), Leigh (dipegang Labour sejak 1922) dan Newcastle-under-Lyme (dipegang Labour sejak 1919). Gila dahsyat penangan BoJo ni.

Resipi kejayaan Johnson sebenarnya sama je dengan kejayaan Donald Trump di US, iaitu menjadi jaguh kepada golongan “working class” dan “lower middle class” yang merasa suara mereka tak didengari oleh elit parti yang mereka undi selama ni. Pengundi Democrat di “Rust Belt” undi Trump sebab rasa suara mereka nak lebih banyak protectionism tak didengari oleh Obama dan Hillary Clinton. Pengundi Labour di Red Wall rasa pilihan mereka untuk keluar EU tak dihormati oleh Corbyn, maka undi Conservative je lah jawabnya.

 

Dengan majoriti yang ada, kemungkinan UK untuk keluar EU pada Januari tahun depan jadi semakin cerah. Dan itulah tujuan sebenar Johnson membubar parlimen. Keberanian Johnson mengambil risiko, diiringi dengan strategi yang betul mendatangkan pulangan yang diharapkan.

KEDUA, sosialisme masih kurang popular di UK. Manifesto Corbyn dilihat terlalu sosialis, dan itu sebabnya dia ditolak. Tahun 1983, Thatcher juga menewaskan Labour di bawah Michael Foot (juga seorang sosialis totok) dengan majoriti 397. Akibat kekalahan itu, Labour di bawah Neil Kinnock, Tony Blair dan Gordon Brown membuang sosialisme dengan memeluk “Third Way” yang lebih mesra kapitalisme pasaran bebas. Kekalahan Labour di bawah Corbyn membuktikan sekali lagi mensosialiskan Labour adalah strategi yang sia-sia.

Benda ni akan mempengaruhi pilihanraya presiden US tahun depan. Parti Democrat mungkin tak akan letakkan Bernie Sanders (seorang “democratic socialist”) sebagai calon untuk lawan Trump, sebaliknya naikkan Elizabeth Warren yang merupakan seorang “progressivist”.

Satu lagi, Corbyn kalah sebab anti-Yahudi. OK gurau. Maklumlah orang Malaysia tak sah sembang politik dunia kalau tak selit cerita Yahudi.

Cuma sekarang orang risau, Brexit akan menyebabkan Scotland bertambah nekad untuk keluar daripada UK, lagi-lagi kedudukan SNP (parti separatis yang anti-Brexit) sekarang menjadi semakin kukuh, sapu 48 daripada 59 kerusi di Scotland. Pemimpin SNP, Nicola Sturgeon dah habaq sebelum PRU, kalau Conservative menang dan Brexit terlaksana, maka dia akan mengadakan referendum kemerdekaan Scotland sekali lagi.

Situasi di Northern Ireland pun bakal jadi lebih rumit memandangkan gabungan parti-parti anti-Brexit (Sinn Fein, SDLP, Alliance) memperolehi jumlah kerusi yang lebih banyak berbanding Democratic Unionist Party (pro-Brexit).

For better or for worse, Brexit ialah proses “rebirth” UK.

 

#sumber artikel daripada fb pakar analisis politik Aiman Rasydan Wong

Apa reaksi anda baca post ini
Love
Haha
Wow
Sad
Angry
[IKLAN] BUAT BISNES ONLINE HINGGA 1200% PROFIT SEBULAN [IKLAN]

INFO RICHM7 GLOBAL NETWORK

RICHM7 GLOBAL NETWORK
Nak kata otai..memang jauh sekali.KAMI hanya sebahagian daripada traders yang profitable setelah menggunakan produk produk kewangan yang disediakan oleh RICHM7 GLOBAL NETWORK... yang nak jadik I.B dan kembangkan network tanpa perlu jadi masta trader pun boleh join kami..

Pembaca juga suka baca

60 PERATUS SISWAZAH MENGANGGUR LEPAS PENGAJIAN

[IKLAN] PROJEK ZERO TO HERO [IKLAN] HAMPIR 60 peratus siswazah peringkat pengajian Ijazah Pertama dan ke …

X
Dah PENAT nak ngadap CHART ?
JOM langgan TRADEBOT kami sekarang...

KLIK GAMBAR UNTUK INFO
error: Content is protected !!