ARTIKEL TERBAIK

MENGAPA YEN DIANGGAP SEBAGAI MATAWANG SAFE HEAVEN

KEMBANGKAN MODAL NIAGA ANDA DENGAN COPYTRADE KAMI. KLIK SINI !!

Selalu terjadi matawang Yen akan melonjak apabila Korea Utara melancarkan peluru berpandu merentasi Jepun. Perkara ini seakan tidak logik kerana yang mungkin mendapat ancaman itu adalah Jepun, tetapi Yen biasanya akan mengukuh. Itulah yang dipanggil sebagai aset atau matawang ‘Safe Haven‘ yang salah satu daripadanya adalah Yen.

Ramai pedagang atau trader tidak memahami perkara ini (safe-haven).

Konsep yang mengatakan pelabur akan mencari aset berkualiti pada masa krisis dan ketidaktentuan adalah satu konsep yang lapuk. Tambahan pula sekarang, ada segelintir yang menganggap “Bitcoin” itu sebagai safe-haven. Pasaran sejak lama dahulu mengandaikan aset safe-haven  terdiri daripada US dolar, Euro, Yen dan Swiss Franc.

Faktor pemilihan aset safe-haven oleh pelabur-pelabur adalah satu subjek yang telah lama diperdebatkan oleh golongan akademik dan penganalisis. Antara yang menjadi isu perdebatan adalah sama ada aset itu sememangnya safe-haven atau ia hanya disebabkan faktor carry trade.

Penting untuk anda mengetahui apa itu risk-on dan risk-off untuk memahami sentimen pasaran.

Pada masa pasaran bergerak stabil (risk-on atau tidak berisiko), biasanya carry trade akan memainkan peranan penting. Carry trade bermaksud tindakan pelabur meminjam wang dari negara yang kadar faedahnya rendah dan melaburkannya semula kepada aset yang boleh memberikan hasil yang tinggi.

Jepun biasanya menjadi pilihan pelabur untuk meminjam wang seterusnya melemahkan Yen, dan perkara ini menjadi sebaliknya jika keadaan menjadi berisiko (risk-off) dengan Yen menguat semula.

Jadi, sebab itu Yen mengukuh apabila setiap kali Korea Utara melancarkan peluru berpandu disebabkan sifat Yen sebagai safe-haven.

BUAT BISNES ONLINE DAN UNTUNG SEHINGGA 1200% SEBULAN .KLIK SINI !!

PESANAN ADMIN

ADMIN
Dagangan dalam pertukaran Matawang Asing adalah berisiko tinggi juga memberi pulangan yang besar dan tidak sesuai untuk semua pelabur. Anda di nasihatkan supaya mempertimbangkan pelaburan,objektif, tahap pengalaman dan risiko anda jika masih mahu meneruskan penglibatan dalam industri ini.

Artikel berkaitan

SEJARAH BAGAIMANA TERCIPTANYA “JAPANESE CANDLESTICK” YANG KITA GUNAKAN HARI INI

KEMBANGKAN MODAL NIAGA ANDA DENGAN COPYTRADE KAMI. KLIK SINI !!     Artikel ini akan memberi …

error: Content is protected !!