ARTIKEL TERBARU

PART 3 – BUKU KONTROVERSI 1 EM DEE BEE

KEMBANGKAN MODAL 100USD ANDA MENJADI 6 ANGKA DALAM SETAHUN ! KLIK SINI

Billion Dollar Whale: How to do white collar crime like Jho Low

Langkah pertama: Tubuhkan syarikat dengan offshore account

Syarikat dengan offshore akaun ni penting. Sebab biasanya negara-negara ni mempunyai kadar cukai yang sangat2 rendah (biasanya tak ada) dan paling penting sekali ianya less regulated

Contoh kalau Malaysia, tiba-tiba ada duit sejuta masuk ke dalam akaun kita, BNM akan triggered kalau ianya tak munasabah untuk kita buat duit sebanyak tu

Offshore account, tak kiralah di Swiss ke, Cayman Island ke, Virgin Island ke, Seychelles ke, Curaçao ke, malahan Singapore sekalipun, memang biasa dimiliki oleh orang-orang kaya untuk simpan duit diorang di situ, terutamanya daripada illegal activity

Dan Jho Low ada akaun dalam semua senarai di atas.

Langkah kedua: Jangan gunakan nama sendiri

Ini penting terutamanya kalau duit tu hasil duit aktiviti yang jelas jenayah.

Seperti Jho Low, dia banyak gunakan nama Eric Tan, a.k.a. ‘Fat Eric’. Ada juga yang dia gunakan nama Al-Qubaisi dan Al-Husseiny sendiri, dua individu paling besar di IPIC dan Aabar. Kenapa? Supaya nampak legal dan sah untuk 1MDB ‘tersalah bayar’ kepada syarikat fake company yang dibuat.

Nama Aabar. Sama. Nama CEO, okay sama. Sah betullah tu. Maka 1MDB pun buat transfer.

TAK SEMPAT NAK TRADE? TAK PANDAI TRADE? TRADEBOT KAMI BOLEH BANTU ANDA . KLIK SINI !!

Malahan bila akaun tu milik orang kaya, segala proses pembayaran dan jual beli dengan akaun tu pun nampak sah, sebab ianya milik orang kaya.

Cuma satu risiko guna nama proksi ni. Kalau tiba-tiba proksi tu meninggal. Mampos. Itulah yang jadi kepada Jordan Belfort haha. Berjuta-juta duit dia di Swiss account tersekat sebab makcik isteri dia yang menjadi proksi meninggal. Pengajaran di sini jangan ambik orang tua sebagai proksi, dan kena diversify. Guna banyak-banyak nama. Contohi Jho Low.

Kalau nak level lebih tinggi lagi, boleh dibuat di Seychelles. Menggunakan ‘bearer shares’ stock.

Bearer shares tu apa? Ianya syarikat yang mana pemilikan syarikat tu adalah terletak pada sesiapa saja yang sedang memegang sijil hak milik saham syarikat tu.

Bermaksud syarikat tu tidak mempunyai nama pemilik tetap, dan sijil itu pula boleh diserahkan dari seorang kepada seorang yang lain. Menjadikannya tersangat sukar untuk kaitkan syarikat tersebut dengan mana-mana individu atau trace kembali siapa yang bertanggungjawab terhadap sebarang tindakan syarikat tersebut.

Kebanyakan negara sudah haram kan syarikat sebegini. Termasuk sebahagian negara-negara yang terkenal dengan offshore account seperti Virgin Island. Tetapi Jho Low jumpa yang Seychelles masih membenarkannya.

Langkah ketiga: Buat syarikat dengan nama yang hampir sama dengan syarikat asal

Contoh, kalau korang nak buat skim pelaburan tipu bawah nama Khazanah

Maka buatlah syarikat offshore dengan nama Khazanah Investment Ltd

Sebabkan ianya syarikat offshore, tidak menjadi isu untuk tubuhkan syarikat di situ walau mempunyai persamaan dengan syarikat sebenar di negara lain.

Of course orang yang tau akan sedar, Khazanah patutnya ada ‘berhad’ di hujung sebab ianya syarikat bawah kerajaan, tapi ini Ltd.

But oh well. Even Taib Mahmud pun ditipu dengan cara ni.

Jho Low pertama kali gunakan teknik ni untuk menipu Taib Mahmud, di mana dia membuat dua syarikat bernama ADIA Investment Corporation dan KIA Investment Corporation. Cuba google ADIA Investment dan KIA Investment apa yang keluar?

Dah Google? Nampak kan? Itulah dia.

Jadi bila Taib Mahmud tengok syarikat construction yang nak dijual Jho Low ni mempunyai ADIA dan KIA Investment sebagai pemegang saham minoriti, nampak lah macam ini bukan syarikat calang-calang. Kalau tak, takkanlah ADIA dan KIA akan berminat nak beli saham syarikat ni. Malahan boleh dapat networking lagi dengan diorang.

Dari situ Taib Mahmud pun beli syarikat ni dengan harga yang tersangat mahal, Jho Low untung USD110 juta daripada sini.

Dan of course ramai yang tahu. 1MDB ‘tersilap’ bagi duit kepada Aabar palsu semasa kes dengan IPIC, pun gunakan cara yang sama

Amacam? Kagum tak dengan Jho Low? 😂

Langkah Keempat: You won’t succeed alone

Nak berjaya tak boleh seorang. Begitu jugalah dalam nak berjaya buat jenayah

Nak menipu 1MDB untuk jadi bodoh transfer ke akaun-akaun lain tidak akan berjaya kalau bukan Jho Low kawal orang atas 1MDB.

Nak menipu PetroSaudi takkan berjaya tanpa bantuan orang atas PetroSaudi

Nak suruh IPIC bagi detail akaun Aabar yang palsu takkan berjaya kalau bukan orang atas IPIC komplot sekali untuk menipu 1MDB

Dan semua yang ‘menolong’ ini perlu diberikan habuan. Jadi lepas dah berjaya buat jenayah, curi duit tu. Jangan lupa bagi sikit kat diorang. Kalau curi USD1 billion, bagilah USD50 juta seorang ke camtu. Belikan rumah ke. Berlian ke dll. Make them happy.

Langkah kelima: Jadikannya nampak seperti duit yang sah

Duit haram ni susah nak dibelanja, terutamanya di negara yang regulation dia ketat.

Kalau beli rumah nanti dia tanya, ni duit beli rumah ni dapat dari mana?

Kalau kita ada kereta mewah, nanti jiran-jiran tanya. Kau mana dapat duit banyak sangat ni?

Sebab tu penting untuk jadikan duit tu seperti duit yang sah. Pada tahap awal, kebanyakan proses pembelian aset-aset mahal Jho Low menggunakan khidmat peguam. Yes peguam. Perasan tak kalau kita beli rumah, biasanya duit urusan pembelian tu kita serahkan dulu dekat peguam? (ini mengikut buku tu lah, aku tak tau kat Malaysia macam mana)

Bila jadi macam tu, maka bayaran tu akan kelihatan datang daripada peguam. Dan peguam tidak seperti bank perlu tanya client mana dapat duit ni. Dan peguam pun tidak ada kewajiban untuk dedahkan identiti client. Jadi banyak pembelian Jho Low pada tahap awal gunakan nama peguam. Tapi takkanlah seumur hidup nak buat macam tu kan. Atau takkanlah seumur hidup nak guna akaun proksi.

Dalam kes Jho Low, dia mengidam untuk menjadi entertainment mogul. Sebab tu dia banyak buat connection dengan Hollywood. Lepas tu diorang tubuhkan Red Granite, syarikat film production di US.

Kemudian hasil duit curi 1MDB, diorang biaya belanja kos filem The Wolf of Wall Street yang memakan belanja USD100 juta. Sampaikan Lamborghini yang langgar tiang dalam cerita tu pun Lamborghini betul tu. Sama seperti guaman, film producer tak ada kewajiban dedahkan sumber financing diorang. Sebab tu filem memang sangat biasa digunakan sebagai aktiviti money laundering (termasuk di Malaysia sekalipun)

Dari The Wolf of Wall Street, hasil keuntungan Red Granite mencecah USD350 juta. Dan diorang pun ada juga mengeluarkan beberapa filem yang lain.

Sekaligus nampak seperti Jho Low ni dapat duit sah daripada aktiviti membuat movie.

Cara lain adalah dengan membeli barangan seni. Jual beli seni ni tak dikawal sangat. Dan ianya lebih senang untuk liquidate kalau perlu. Bak kata buku ni lah haha. Barang kemas seperti batu permata pun boleh, tapi nilainya jauh lagi rendah berbanding barang seni yang mahal.

Sekian

So…. Nampak tak cara-cara nak membuat white collar crime? Always learn from the best. And this guy Jho Low is one of the best.

Kalau rajin nanti dalam siri seterusnya kita tengok pulak apa kesilapan Jho Low despite being the best scammer, masih kantoi tahap sekarang.

Part 1: A summary
https://facebook.com/story.php?story_fbid=10212507439302673&id=1283441894

Part 2: How to become rich like Jho Low
https://facebook.com/story.php?story_fbid=10212508581011215&id=1283441894

Disclaimer: segala info dalam ni adalah berdasarkan buku Billion Dollar Whale, segala kesalahan fakta terletak pada buku tu

BUAT BISNES ONLINE DAN UNTUNG SEHINGGA 1200% SEBULAN .KLIK SINI !!

INFO RICHM7 GLOBAL NETWORK

RICHM7 GLOBAL NETWORK
Nak kata otai..memang jauh sekali.KAMI hanya sebahagian daripada traders yang profitable setelah menggunakan produk produk kewangan yang disediakan oleh RICHM7 GLOBAL NETWORK... yang nak jadik I.B dan kembangkan network tanpa perlu jadi masta trader pun boleh join kami..

Artikel berkaitan

MULAI 2019, TRANSAKSI MELEBIHI RM25,000 PERLU LAPOR BNM

KEMBANGKAN MODAL 100USD ANDA MENJADI 6 ANGKA DALAM SETAHUN ! KLIK SINI     KUALA LUMPUR: …

DISKAUN 15%
TIADA HADIAH
CUBA LAGI LAIN KALI
SIKIT JER LAGI
DISKAUN 10%
DISKAUN 10%
TIADA HADIAH
TAK BERNASIB BAIK
SIKIT JER LAGI
DISKAUN 15%
TIADA HADIAH
CUBA LAGI LAIN KALI
REBUT PELUANG UNTUK DISKAUN MENARIK!

Berikan butiran anda dan putarkan cabutan bertuah.

Terma dan syarat :

  • Hanya sekali putaran setiap kali anda layari laman web kami
  • Anda boleh cuba lagi jika tak bernasib baik selepas 7 hari.
STATISTIK COVID-19

Compare Listings

Title Price Status Type Area Purpose Bedrooms Bathrooms
error: Content is protected !!