ARTIKEL TERBAIK

PART 2 – BUKU KONTROVERSI 1 EM DEE BEE

KEMBANGKAN MODAL NIAGA ANDA DENGAN COPYTRADE KAMI. KLIK SINI !!

Billion Dollar Whale: How to become rich, the Jho Low’s way

Pernah terfikir tak kenapa orang selalu kaitkan kerjaya di Wall Street dengan ‘kaya’? Dan apa sangat yang diorang buat yang menjadikan diorang tu jadi kaya?

Kuncinya ada dua:
1) Middleman
2) Huge sums of money

Yes that’s it.

Disebabkan diorang menjadi Middleman. Contohnya untuk department DCM yang mengeluarkan bon. Kerja diorang adalah menghubungkan syarikat besar yang nak cari duit, dengan financial market yang ada banyak duit.

Dan duit itu melibatkan jumlah yang banyak. Kalaulah ianya hanya RM1 billion pun, fee sebanyak 1% pun dah boleh menjadikan diorang perolehi RM10 juta.

(owh btw normal fee is less than 1%. Tapi untuk kes 1MDB dan Goldman Sachs, fee yang dibayar adalah sebanyak 11% lol)

Disebabkan tidak ada entiti lain yang boleh membantu syarikat tu mendapatkan duit sebanyak itu, maka investment bank menjadi industri yang sangat kaya.

Dan itulah yang Jho Low cuba buat

Dia cuba jadi Middleman. Yang menghubungkan ahli politik di Malaysia dengan duit dari Arab.

TAK SEMPAT NAK TRADE? TAK PANDAI TRADE? TRADEBOT KAMI BOLEH BANTU ANDA . KLIK SINI !!

Dan macam mana dia berjaya menghubungkan kedua-kedua pihak tu?

Jawapannya sejak kecil lagi, dilatih oleh ayahnya sendiri

Larry Low, ayah Jho Low membeli rumah di Kensington Green di London, yang turut banyak dibeli oleh orang-orang kaya dan ahli politik Malaysia dengan tujuan untuk membuat networking dengan mereka. Di situlah Jho Low mula berkenalan dengan Riza Aziz, anak tiri DS Najib, yang kemudian membantu Jho Low untuk membuat networking dengan Najib.

Di universiti pula Jho Low sudah mula membuat networking sendiri semasa dia belajar di Wharton School, University of Pennsylvania. One of the Ivy League business schools di US (kepada yang tak tau Ivy League ni dikira sebagai the most prestigious University in US)

Dia banyak berbelanja untuk buat parti-parti extravaganza. Yang bertujuan untuk menarik perhatian anak orang-orang kaya kat situ, termasuklah Ivanka Trump. Dia sehinggakan sewa SC-430 Lexus, untuk jadikan dia nampak seperti orang kaya. Yes, sewa, walau dia claim itu miliknya. Dia juga dah mula menulis artikel-artikel berkaitan stock market. Yang mana content dia hanyalah copy paste daripada report-report orang lain dan dikeluarkan di Wharton Journal.

Hasilnya, antara kawan yang dia buat adalah Hamad Al Wazzan, anak orang kaya dari Kuwait dan dari situlah dia mula membuat networking dengan orang kaya Arab.

Al Wazzan memperkenalkan dia kepada Yousef Al Otaiba, yang ketika itu adalah political adviser kepada Mohammed bin Zayed Al Nayhan, crown prince of UAE

Otaiba pula perkenalkan Jho Low kepada Khaldoon Khalifa Al Mubarak, CEO Mubadala Development, UAE sovereign wealth fund.

Dari situ, Jho Low berjaya set up meeting antara Khazanah Nasional dan Otaiba, untuk Mubadala labur di dalam projek Iskandar Johor. Dan rancangannya berjaya, Mubadala JV dengan Kuwait Finance House untuk melabur di dalam Iskandar Johor.

Cuma apabila Jho Low mintak broker fee daripada Khazanah sebab menarik masuk Mubadala untuk melabur, Khazanah menolak. Dan dari situlah dia mula bertekad untuk memegang investment fund miliknya sendiri.

Kemudian dia mula bawak DS Najib dan Rosmah berjumpa King Abdullah di Saudi Arabia, UAE crown prince Mohammed bin Zayed, dan kemudian Prince Turki of Saudi Arabia, pemilik sebenar PetroSaudi di atas kapal peribadi yang disewa.

Dari situ, Jho Low menjadi orang penting DS Najib. Yang menghubungkan Malaysia dengan negara-negara (baca: duit) Arab.

Jho Low bermula dengan ingin menjadi broker. Middleman. Dealmaker. Orang yang menghubungkan duit dan projek. Dan dia berniat nak ambil dari situ.

Tapi lama kelamaan game dia dah lain. Dia mula menipu Taib Mahmud untuk beli syarikat construction sampah yang dia sengaja wujudkan shell company yang berbunyi seperti syarikat Arab yang besar sebagai pemilik syarikat construction tersebut, tetapi sebenarnya langsung tak ada kaitan. Dan dalam kes 1MDB, dia mula secara langsung mencuri duit tersebut berbanding menjadi deal maker. Dan seperti biasa, dia mewujudkan offshore shell company, untuk buat syarikat tu seolah-olah syarikat sebenar (seperti kes Aabar), dan dia gunakan pelbagai cara untuk pastikan nama dia tak tertulis secara rasmi di dalam syarikat-syarikat ini.

Dan dengan duit itu, dia mula berparti lebih besar. Sehingga tahap Paris Hilton, Leonardo Dicaprio pun selalu datang ke parti dia. Dan dia mengkagumkan pulak orang-orang kaya Arab, yang walau kaya, diorang masih tak tercapai untuk buat networking dengan Hollywood, tapi dia ni dapat.

Itulah game Jho Low. Yang membawa dia kepada penerbitan movie The Wolf of Wall Street. Malahan di dalam senarai credit movie tersebut, nama Jho Low ada di dalamnya.

Yes ladies and gentlemen

Kejayaan Jho Low terletak pada networking yang dia miliki. Itu kunci kekayaan dia. Dan juga kunci kekayaan ramai orang.

BUAT BISNES ONLINE DAN UNTUNG SEHINGGA 1200% SEBULAN .KLIK SINI !!

PESANAN ADMIN

ADMIN
Dagangan dalam pertukaran Matawang Asing adalah berisiko tinggi juga memberi pulangan yang besar dan tidak sesuai untuk semua pelabur. Anda di nasihatkan supaya mempertimbangkan pelaburan,objektif, tahap pengalaman dan risiko anda jika masih mahu meneruskan penglibatan dalam industri ini.

Artikel berkaitan

MULAI 2019, TRANSAKSI MELEBIHI RM25,000 PERLU LAPOR BNM

KEMBANGKAN MODAL NIAGA ANDA DENGAN COPYTRADE KAMI. KLIK SINI !!     KUALA LUMPUR: Bermula tahun …

error: Content is protected !!