ARTIKEL TERBARU

PART 1 – RINGKASAN BUKU KONTROVERSI 1 EM DEE BEE

KEMBANGKAN MODAL 100USD ANDA MENJADI 6 ANGKA DALAM SETAHUN ! KLIK SINI

Billion Dollar Whale: A Summary

Kalau ada sesiapa yang anggap buku ni satu novel penyiasatan dan tak nak kena spoil, jangan teruskan bacaan. Banyak spoiler dalam ni

Disclaimer: segala tulisan lepas ni hanyalah daripada hasil bacaan daripada buku ni. Kalau ada benda salah, maka buku tu lah yang salah 😁

Info paling penting untuk diketahui dari buku ni, adalah Conspirator utama di dalam isu 1MDB ni adalah Low Taek Jho, yang kerap kali dipanggil sebagai Jho Low, bukan DS Najib

Sebagai permulaan, kes penipuan besar Jho Low yang pertama bukan ke atas 1MDB. Tetapi ke atas Taib Mahmud, di mana dia jual syarikat construction sampah yang dibelinya kepada syarikat Taib Mahmud dengan harga mahal, memberikan dia keuntungan besar pertama bernilai USD110 juta

Ramai tahu 1MDB asalnya adalah Terengganu Investment Authority (TIA), cuma yang aku tak tau rupanya kewujudan TIA pun pada asalnya adalah idea Jho Low (mengikut buku ni)

Jho Low sangat berminat dengan sovereign wealth fund seperti al-mubadala (UAE), dan Jho Low pernah cuba untuk ambil kesempatan ke atas Khazanah Nasional dengan menjadi dealmaker untuk pelaburan dari UAE, tapi tak berjaya.

Jadi sebab tu dia cadangkan kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, yang juga merupakan Yang Dipertuan Agong masa tu, untuk tubuhkan state wealth fund bagi Terengganu. Dia kemudian cadangkan untuk TIA mengeluarkan bon bernilai RM5 billion, dengan menggunakan hasil minyak Terengganu sebagai cagaran

Tetapi Sultan kemudian perasan ada benda tak kena. Baginda merancang untuk menutup TIA.

Dari situlah Jho Low mula mempergunakan DS Najib melalui Riza Aziz. Jho Low jadikan Najib bersetuju untuk mengambil alih TIA bawah kerajaan persekutuan dan tukar namanya kepada 1MDB. Inilah permulaan Jho Low menuju ke arah billionaire.

Mengikut buku ni, yang mengawal 1MDB sebenar-benarnya adalah Jho Low, walaupun dia tidak ada sebarang jawatan rasmi di dalam 1MDB. In fact dalam semua aktiviti dia mencuri duit 1MDB, dia sangat berhati-hati daripada menjadikan nama dia mempunyai kaitan secara rasmi.

TAK SEMPAT NAK TRADE? TAK PANDAI TRADE? TRADEBOT KAMI BOLEH BANTU ANDA . KLIK SINI !!

Jadi akhirnya berapa banyak wang yang Jho Low dikatakan curi daripada 1MDB?

USD700 juta daripada USD1 billion JV antara PetroSaudi dan 1MDB, dimasukkan ke dalam akaun Good Star Ltd.

USD800 juta yang sepatutnya turut dilaburkan atas nama pelaburan JV dengan PetroSaudi. Tak jumpa duit ni masuk ke akaun mana.

USD576 juta daripada terbitan bon USD1.75 billion pertama yang dijamin IPIC masuk ke akaun Aabar Investments Ltd

USD790.3 juta daripada terbitan bon USD1.75 billion kedua yang dijamin IPIC juga masuk ke akaun Aabar Investments Ltd

USD1.2 billion daripada terbitan bon sebanyak USD3 billion yang dibuat untuk PRU13 (mengikut buku ni) dan dijamin oleh kerajaan Malaysia. Secara rasminya, duit ini kononnya untuk pelaburan dalam Tun Razak Exchange. Duit ni masuk ke akaun Tanore.

USD1 billion melalui SRC International yang kurang perincian dalam buku ni

Jadi overall ianya berjumlah paling kurang USD5 billion

(ini dikumpulan dalam tengah-tengah buku ni. Cuma lepas-lepas tu rasa macam ada lagi. Tapi semasa tulis tulisan ni dah tak jumpa dah)

Yang mana daripada semua itu,

Sebanyak USD681 juta masuk ke akaun peribadi DS Najib, yang kemudian sebanyak USD620 juta dipulangkan semula kepada Tanore. Duit ini dikatakan digunakan untuk kempen PRU13

Tidak ada dalam buku ini tertulis berkaitan USD375 juta yang ditunjuk oleh DS Najib berkaitan derma oleh Putera Saud Abdulaziz.

Tapi yang menarik dalam surat tu tertulis duit tu boleh datang daripada syarikat milik putera tersebut bernama Blackstone Asia Real Estate Partners Ltd.

Kalau mengikut buku ni, Blackstone Asia Real Estate Partners ni bukanlah milik keluarga saudi. Tetapi adalah milik ‘Fat Eric’. Kawan Jho Low yang menjadi proksi utama untuk kebanyakan syarikat yang dikawal Jho Low.

Dah kenapa kan putera saudi nak mengaku offshore shell company milik Fat Eric (Eric Tan) sebagai syarikat miliknya. Malahan baru-baru ni The Edge keluarkan laporan mengatakan tandatangan di dalam dokumen DS Najib tersebut bukanlah tandatangan milik Putera Abdulaziz

https://www.nst.com.my/node/412138/amp

Jadi siapa watak penting dalam semua drama 1MDB yang memang berkomplot dengan Jho Low?

Orang bawah Jho Low:
Fat Eric – proxy utama
Jasmine Loo – legal counsel 1MDB
Seet Li Lin – Jho Low’s financial detail

Petro Saudi:
Tarek Obaid, CEO of PetroSaudi
Patrick Mahony, CIO of PetroSaudi
Ambassador Otaiba, UAE US Ambassador

IPIC:
Khadem Al-Qubaisi, IPIC MD and Aabar Chairman
Mohamed Badawy Al-Husseiny, Aabar CEO

Banker:
Timothy Leissner, Chairman Goldman Sachs for Southeast Asia (awal2nya dia sekadar banker di Goldman)
Yeo Jiawei, BSI wealth management banker
Yak Yew Chee, BSI chief relationship for 1MDB and Jho Low
Joanna Yu, AmBank banker handling secret DS Najib’s account

Dan soalan yang ramai berminat, adakah DS Najib terlibat dalam mencuri duit 1MDB secara langsung?

Jawapannya tak jelas, samada DS Najib dipergunakan atau memang dia terlibat secara langsung, ianya tak jelas, tapi ada beberapa benda yang jelas diceritakan dalam buku ni

1) DS Najib yang memberi kuasa untuk Jho Low kawal 1MDB dari belakang

2) DS Najib dan keluarganya memang ada banyak terima ‘hadiah’ daripada Jho Low, termasuklah rumah-rumah di London untuk Riza Aziz dan batu berlian permata untuk Rosmah, termasuk berlian pink berharga USD27.3 juta, antara yang termahal di dunia

3) DS Najib memang ada minta duit dari Jho Low untuk kempen politik, tak kiralah semasa pilihanraya Sarawak 2011 atau PRU 2013

4) Najib memang ada cuba melindungi Jho Low

Again, ini berdasarkan buku ni.

Lastly, senarai individu/entiti yang cukup bijak untuk tak ditipu dan mengelak daripada dipergunakan oleh Jho Low / 1MDB

Khazanah Nasional
Sultan Mizan Zainal Abidin
Mohammed Bakke Salleh, chairman BOD 1MDB pertama
Jordan Belfort, sebab dia pun scammer, dia tau bezakan scammer dengan tak haha
David Ryan, Goldman Sachs Asia President
Lazard, US Investment Bank

Sekian

Boleh cari buku ni di Kinokuniya, Popular dan MPH. Kalau yang dah baca soft copy pun sila beli nanti

P/S: tulisan lama summary daripada hasil bacaan terperinci Laporan Audit 1MDB oleh Jabatan Akauntan Negara:
https://facebook.com/story.php?story_fbid=10211672985361846&id=1283441894

P/SS: Putera Saudi itu ada ramai. Dan mereka juga bersaing antara satu sama lain. Seorang putera tak semestinya mewakili negara Saudi. Lihat sajalah 2017 Saudi Arabian Purge tahun lepas, berapa ramai putera kena tangkap. Salah seorangnya, Putera Turki, adalah yang bersama dalam gambar yang ada DS Najib, Rosmah dan Jho Low di atas kapal mewah

#sumber artikel diambil daripada facebook izzuddin yussof ,pakar ekonomi

BUAT BISNES ONLINE DAN UNTUNG SEHINGGA 1200% SEBULAN .KLIK SINI !!

INFO RICHM7 GLOBAL NETWORK

RICHM7 GLOBAL NETWORK
Nak kata otai..memang jauh sekali.KAMI hanya sebahagian daripada traders yang profitable setelah menggunakan produk produk kewangan yang disediakan oleh RICHM7 GLOBAL NETWORK... yang nak jadik I.B dan kembangkan network tanpa perlu jadi masta trader pun boleh join kami..

Artikel berkaitan

30000 HILANG PEKERJAAN, 10000 PULA DICUTIKAN

KEMBANGKAN MODAL 100USD ANDA MENJADI 6 ANGKA DALAM SETAHUN ! KLIK SINI       PENULARAN …

DISKAUN 15%
TIADA HADIAH
CUBA LAGI LAIN KALI
SIKIT JER LAGI
DISKAUN 10%
DISKAUN 10%
TIADA HADIAH
TAK BERNASIB BAIK
SIKIT JER LAGI
DISKAUN 15%
TIADA HADIAH
CUBA LAGI LAIN KALI
REBUT PELUANG UNTUK DISKAUN MENARIK!

Berikan butiran anda dan putarkan cabutan bertuah.

Terma dan syarat :

  • Hanya sekali putaran setiap kali anda layari laman web kami
  • Anda boleh cuba lagi jika tak bernasib baik selepas 7 hari.
STATISTIK COVID-19

Compare Listings

Title Price Status Type Area Purpose Bedrooms Bathrooms
error: Content is protected !!