ARTIKEL TERBAIK

PANDANGAN DAN HUJAH SEORANG TRADER BERKENAAN HUKUM FOREX

KEMBANGKAN MODAL NIAGA ANDA DENGAN COPYTRADE KAMI. KLIK SINI !!

Saya bukan lah ustaz mahupun pakar kewangan islam, namun saya terpanggil untuk memberikan penjelasan berkenaan point2 yang dinyatakan di dalam keputusan Mesyuarat Majlis Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis berkenaan Hukum Forex Trading Online. Penjelasan ini adalah dari perspektif & juga pengalaman saya sebagai seorang forex trader.

.

1. Tidak wujud unsur penangguhan dalam online forex trading kerana ianya dilakukan secara ‘spot trading’.

2. Tidak wujud unsur riba kerana trader boleh mengelakkan kewujudan unsur riba (overnight charge) dengan menggunakan ‘free swap account’ ataupun ada sesetengahnya memanggil sebagai ‘islamic account’. Broker ada menawarkan kemudahan ini untuk pedagang2 muslim. Berkenaan soal leverage pula, untuk forex trading ianya lebih kepada kemudahan berbanding pinjaman kerana pedagang2 tidak perlu membayar semula kemudahan leverage yang disediakan pihak broker jika berlaku kerugian. Pedagang hanya boleh hilang nilai yang telah di depositkan ke dalam akaun trading sahaja iaitu modal yang ada ditangan. Jadi ianya tidak memudaratkan pedagang.

3. Tidak wujud unsur gharar (ketidaktentuan) kerana broker ataupun penyedia platform mempunyai regulasi dari badan2 kewangan dunia seperti Financial Conduct Authority (FCA), Australian Securities and Investments Commission (ASIC) dan banyak lagi. Dunia mengiktiraf badan2 ini dan kepentingan trader2 akan di jaga sebaiknya.

4. Tidak wujud unsur judi kerana ianya melibatkan analisa fundamental & juga teknikal yang terperinci sebelum sebarang keputusan dagangan dibuat. Jika unsur spekulasi yang dijadikan hujah, ianya tidak adil sama sekali kerana pasaran saham juga terdedah dengan unsur2 spekulasi seperti ini malahan tidak terkecuali juga kepada pasaran2 yang lain contohnya seperti pasaran hartanah.

 

Namun begitu, saya tetap menghormati keputusan yang telah dibuat. Jadi marilah kita semua berlapang dada, sama ada dari pihak forex trader, pihak majlis fatwa, mahupun orang awam. Buat rakan2 forex trader, jangan lah mudah melenting & mengeluarkan kenyataan2 yang boleh mengeruhkan lagi keadaan. Jawab lah hujah dengan hujah. Akhir kata saya berharap moga di masa akan datang isu ini akan dapat dibincangkan serta diperhalusi lagi.

BUAT BISNES ONLINE DAN UNTUNG SEHINGGA 1200% SEBULAN .KLIK SINI !!

INFO RICHM7 GLOBAL NETWORK

RICHM7 GLOBAL NETWORK
TRADERVERSITI sediakan beberapa produk fintech untuk kita sama sama membuat keuntungan daripada dagangan matawang.Anda juga dialu alukan untuk kembangkan karier anda bersama kami sebagai I.B

Artikel berkaitan

SEJARAH BAGAIMANA TERCIPTANYA “JAPANESE CANDLESTICK” YANG KITA GUNAKAN HARI INI

KEMBANGKAN MODAL NIAGA ANDA DENGAN COPYTRADE KAMI. KLIK SINI !!     Artikel ini akan memberi …

error: Content is protected !!