ARTIKEL TERBAIK

LEBIH 300 PEKERJA AIR ASIA BAKAL DIBERHENTIKAN

KEMBANGKAN MODAL 100USD ANDA MENJADI 6 ANGKA DALAM SETAHUN ! KLIK SINI

 

 

LEBIH 300 pekerja AirAsia Bhd bakal dihentikan perkhidmatan mereka oleh syarikat penerbangan tambang murah itu dalam usaha pengecilan operasi susulan daripada situasi sukar akibat wabak Covid-19.

Memetik laporan Astro Awani, pemberhentian yang diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Riad Asmat dalam sesi taklimat dalaman tengah hari tadi, dijangka membabitkan 111 kru kabin daripada 1,900 kru, 172 juruterbang dan 50 jurutera.

“Semua yang terbabit dalam skim pemberhentian itu akan dimaklumkan menerusi e-mel dalam tempoh 24 jam. AirAsia juga menjanjikan pampasan kepada semua yang terbabit,” menurut laporan itu.

Selain tidak mempunyai pelbagai pilihan dalam memastikan AirAsia terus beroperasi seperti sebelum ini, Riad berkata, penstrukturan semula organisasi dilihat sebagai alternatif yang boleh diambil buat masa ini kerana situasi dihadapi kini adalah amat sukar.

Laporan itu turut menyatakan syarikat penerbangan jarak jauh AirAsia X turut akan melakukan pengurangan tenaga kerja, termasuk pekerja asing.

Bagaimanapun, tiada jumlah sebenar petugas yang diumumkan dan pemberhentian tersebut bakal membabitkan tenaga kerja pelbagai sektor termasuk pengurusan, operasi, kru dan juruterbang.

 

SUMBER : HARIAN METRO

TAK SEMPAT NAK TRADE? TAK PANDAI TRADE? TRADEBOT KAMI BOLEH BANTU ANDA . KLIK SINI !!
BUAT BISNES ONLINE DAN UNTUNG SEHINGGA 1200% SEBULAN .KLIK SINI !!

INFO RICHM7 GLOBAL NETWORK

RICHM7 GLOBAL NETWORK
TRADERVERSITI sediakan beberapa produk fintech untuk kita sama sama membuat keuntungan daripada dagangan matawang.Anda juga dialu alukan untuk kembangkan karier anda bersama kami sebagai I.B

Artikel berkaitan

PEMBERHENTIAN PEKERJA DIJANGKA BERTERUSAN SELEPAS AIDILFITRI

KEMBANGKAN MODAL 100USD ANDA MENJADI 6 ANGKA DALAM SETAHUN ! KLIK SINI   SHAH ALAM – …

error: Content is protected !!