ARTIKEL TERBAIK

LAPAN WARGA ASIA BERUSIA LEBIH 90 TAHUN KUASAI AS$125 BILION

KEMBANGKAN MODAL NIAGA ANDA DENGAN COPYTRADE KAMI. KLIK SINI !!

 

 

Tahun 2019 adalah permulaan yang menyedihkan bagi dua keluarga terkaya di Asia.

Eka Tjipta Widjaja, yang bermula sebagai peniaga kelapa dan minyak sawit pada usia 15 tahun sebelum membangunkan empayar berbilion dolar di Indonesia, meninggal dunia Sabtu pada usia 98. Seminggu sebelum itu, Henry Sy, penjual kasut yang menjadi orang terkaya di Filipina, meninggal dunia pada usia 94 tahun. Kekayaan gabungan mereka melebihi AS$16.5 bilion.

Ia bukanlah kebetulan bahawa orang terkaya di dunia juga adalah yang paling tua usianya berikutan ia mengambil masa lama untuk mengumpulkan kekayaan yang luar biasa. Kira-kira satu perlima daripada 500 individu tersenarai dalam Bloomberg Billionaires Index berusia sekurang-kurangnya 80 tahun, dan 21 daripadanya dalam lingkungan 90an, termasuk lapan dari Asia dengan gabungan kekayaan bersih AS$125 bilion. Ia menyediakan pentas untuk satu daripada menindahan kekayaan yang paling tertumpu dalam sejarah.

Wang lama

“Semakin ramai keluarga memikirkan pewarisan,” kata Peng Qian, Pengarah Bersekutu Pusat Tanoto untuk Perniagaan Keluarga dan Pengajian Keusahawanan Asia di Universiti Sains dan Teknologi Hong Kong. Kami menjangkakan permintaan tinggi dalam kalangan orang terkaya Asia mendapatkan perkhidmatan pengurusan kekayaan peribadi dalam beberapa tahun akan datang.”

Apabila seorang jutawan meninggal dunia, beliau boleh meninggalkan dunia ini sekurang-kurangnya dua cara. Pemisahan aset yang teratur atau perang besar dalam kalangan waris.

Sy cuba menggunakan pendekatan yang pertama. Beliau bernilai AS$7.2 bilion ketika beliau meninggal dunia setelah melepaskan kepentingan beliau dalam SM Investments Corp kepada enam anaknya lebih satu dekad lalu, menjadikan kesemuanya jutawan.

Li Ka-shing bersara dari CK Hutchison Holdings Ltd dan CK Asset Holdings Ltd tahun lalu, dengan anaknya Victor mengambil alih konglomerat itu. Beliau baru-baru ini membawa masuk cucunya berusia 23 tahun, Michelle Li, ke dalam lembaga pengarah Chesterfield Realty Inc, unit di bawah CK Hutchison Holdings yang dikuasai keluarga itu.

TAK SEMPAT NAK TRADE? TAK PANDAI TRADE? TRADEBOT KAMI BOLEH BANTU ANDA . KLIK SINI !!

Bagi keluarga ultra kaya lain, ia boleh bermakna pergelutan sengit dalam kalangan siapa nanti yang akan mengawalnya.

Stanley Ho, 97, membahagikan kebanyakan kekayaannya dalam kalangan isteri dan anak-anaknya pada 2011 untuk menyelesaikan pertikaian keluarga, tetapi ahli keluarga Ho, termasuk anak perempuan sulungnya, Pansy, masih terbabit dalam usaha sedekad lamanya untuk menguasai empayar kasino Macau itu. – Bloomberg

BUAT BISNES ONLINE DAN UNTUNG SEHINGGA 1200% SEBULAN .KLIK SINI !!

PESANAN ADMIN

ADMIN
Dagangan dalam pertukaran Matawang Asing adalah berisiko tinggi juga memberi pulangan yang besar dan tidak sesuai untuk semua pelabur. Anda di nasihatkan supaya mempertimbangkan pelaburan,objektif, tahap pengalaman dan risiko anda jika masih mahu meneruskan penglibatan dalam industri ini.

Artikel berkaitan

PILIHANRAYA UMUM U.K MEMBERI ISYARAT LEBIH JELAS UNTUK BREXIT

KEMBANGKAN MODAL NIAGA ANDA DENGAN COPYTRADE KAMI. KLIK SINI !!     Keputusan pilihanraya UK: Conservative …

error: Content is protected !!