fbpx
ARTIKEL YANG MENARIK
Home / EKONOMI / KRONOLOGI KISAH BREXIT

KRONOLOGI KISAH BREXIT

Seperti yang dijangkakan, UK tak jadi keluar dari EU (“Brexit”) pada hari esok. EU bagi tangguh 3 bulan lagi ke 31 Januari 2020.

Ni dah kali ketiga penundaan tarikh Brexit selepas 22 Mei dan 31 Oktober, dan EU kata ini last.

Sepatutnya UK dah kena keluar EU pada 29 Mac, tapi masalahnya Parlimen UK tak dapat nak luluskan perjanjian cerai (“deal”) antara EU dan UK yang dirunding oleh kerajaan Parti Konservatif (Conservatives).

Punca kerajaan Konservatif tak dapat nak luluskan “deal” ialah ia tidak mempunyai majoriti di Dewan Rakyat (House of Commons). Kerajaan Konservatif sekarang hanya ada 298 kerusi, sedangkan majoriti Dewan Rakyat ialah 326 daripada 650 kerusi.

Selepas PRU 2015, Konservatif ada 330 kerusi, tapi Theresa May gatal pergi buat PRU pada Jun 2017 dengan harapan boleh dapat majoriti yang lebih besar untuk memudahkan pelan Brexit dia. Manatau Konservatif hilang 13 kerusi, terpaksa bergabung dengan Democratic Unionist Party (DUP) dari Northern Ireland (10 kerusi) untuk tujuan meluluskan undang-undang.

Tapi apabila Theresa May punya “deal” tak berpihak kepada DUP, DUP bantah, menyebabkan “deal” ditolak sebanyak 3 kali, lagi-lagi dalam Parti Konservatif pun ramai tak setuju dengan “deal” tersebut.

Apabila PM baharu, Boris Johnson ugut nak keluar tanpa “deal”, ramai Ahli Parlimen Konservatif pun keluar parti untuk sekat Johnson, membuat Konservatif tinggal 298 kerusi saja. Walaupun Johnson berjaya dapatkan “deal” baharu yang lebih lulusable, pembangkang pula memaksa Johnson minta tangguh.

Johnson dah habaq awal, kalau UK tak dapat keluar EU pada 31 Oktober, dia akan memanggil PRU. Dan Dewan Rakyat semalam akhirnya meluluskan usul Johnson untuk mengadakan PRU pada 12 Disember 2019. Parlimen bubar pada 6 November.

Ini akan jadi PRU UK ke-3 dalam masa 5 tahun (selepas 2015 dan 2017). Johnson harap dia boleh mendapatkan semula majoriti untuk push through Brexit. Sebab kalau ikutkan poll, Konservatif masih mendahului. Tapi nak dapatkan semula majoriti, Konservatif memerlukan 28 kerusi. Risky juga gamble Johnson. Tapi greater risk greater reward, lagi pun bukan boleh buat apa dengan kerusi yang ada sekarang.

Pembangkang terbesar, Parti Buruh (Labour) yang diketuai Jeremy Corbyn pada asalnya tak nak PRU sebab takut Konservatif menang. Tapi parti pembangkang lain (Liberal Democrats dan Scottish National Party) dah cepat-cepat menyahut usul Johnson, jadi Corbyn pun gamble. Kalau menang, menang; kalau tak menang, redha.

Secara prinsip, kedua-dua Konservatif dan Buruh menyokong Brexit, cuma Buruh nak UK kekal dalam “customs union” dan “single market” EU selepas Brexit, supaya hubungan perdagangan UK-EU tak terjejas. Sekiranya Buruh menang (memerlukan 82 lagi kerusi), Corbyn akan cuba nego dengan EU untuk kekalkan UK dalam customs union. Kalau tak dapat, baru buat Second Referendum.

Undian kepada Konservatif dan Buruh mungkin akan merosot memandangkan ramai melihat kedua-dua parti ni gagal menyelesaikan masalah Brexit. Populariti kedua-dua Liberal Democrats dan Scottish National Party (SNP) pula semakin naik sebab diorang ni paling konsisten dalam isu Brexit.

Liberal Democrats mahu batalkan Brexit terus. Liberal Democrats ialah penyokong perdagangan bebas dan dari dulu tak setuju dengan pendekatan populis referendum. Tapi Liberal Democrats nak jadi kerajaan tu hampir tak mungkin, ada 19 kerusi je sekarang. Jadi Liberal Democrats akan sokong mana-mana yang mahu mengadakan Second Referendum seperti Scottish National Party (SNP) yang memperjuangkan kepentingan Scotland.

Semasa referendum 2016, majoriti Scotland memilih untuk kekal dalam EU. Jadi wujud konflik kepentingan antara UK secara keseluruhan dan Scotland. Kalau permintaan Scotland untuk mengadakan Second Referendum tak dilayan, kemungkinan besar SNP akan push untuk referundum kemerdekaan kedua (selepas 2014) untuk mengeluarkan Scotland dari UK supaya Scotland boleh kekal dalam EU.

Kalau tak ada parti capai majoriti, maka back to square one. Ahli Parlimen UK akan terus bergaduh pasal deal atau no deal, minta tangguh lagi. EU mulut je cakap last, tapi bagi juga tangguh. Repeat. Silap-silap sampai 2091 pun UK tak keluar EU lagi. Sekarang kat UK ada istilah “Brexhaustion”, merujuk kepada kepenatan orang ramai melayan drama Brexit yang tak habis-habis.

Itulah demokrasi, bear with it. Bila kau serahkan isu rumit seperti hubungan UK-EU kepada rakyat semata-mata atas semangat “vox populi, vox dei” (suara rakyat, suara keramat), maka dapatlah padahnya.

Ulang siaran drama Brexit:

https://www.facebook.com/ayman.rashdan.wong/posts/10210359854792343 – “Deal” Theresa May Ditolak

https://www.facebook.com/ayman.rashdan.wong/posts/10211019537003986 – Theresa May Buntu Meletak Jawatan

https://www.facebook.com/ayman.rashdan.wong/posts/10211338237171291 – Boris Johnson: Hard Brexiteer Menjadi PM

https://www.facebook.com/ayman.rashdan.wong/posts/10211567803790313 – Boris Pun BuntuKRON

Ulasan daripada penganalisis politik dunia , saudara Ayman Rashdan ( sumber dari FB beliau )

Apa reaksi anda baca post ini
Love
Haha
Wow
Sad
Angry

INFO RICHM7 GLOBAL NETWORK

RICHM7 GLOBAL NETWORK
Kami adalah komuniti peniaga online yang menggunakan INTRADAY DOM-E sebagai pelengkap dalam perniagaan.Kami buka peluang bagi anda yang ingin bersama sama kami mengembangkan karier sebagai pedagang dalam pasaran matawang dunia.

Pembaca juga suka baca

CEO GAJI TERTINGGI ADALAH DARIPADA SYARIKAT YANG DIKUASAI OLEH AHLI KELUARGA

KUALA LUMPUR: Syarikat senaraian awam dikuasai keluarga adalah firma yang memberi imbuhan paling tinggi kepada …

error: Content is protected !!