ARTIKEL TERBAIK

KRISIS KEWANGAN 2020 ?

KEMBANGKAN MODAL NIAGA ANDA DENGAN COPYTRADE KAMI. KLIK SINI !!

Apakah Krisis Kewangan Dunia Bakal Berlaku pada 2020 ?

Bulan Februari yang lalu, dunia dikejutkan dengan kejatuhan drastik pasaran kewangan secara tiba tiba senada dengan krisis kesihatan antarabangsa (Covid-19). Walaupun sebelumnya berlaku beberapa siri peperangan perdagangan antara kuasa kuasa besar dunia. Kejatuhan Dow Jones (Index tertua dunia) daripada $29,568.57 kepada $18,213.65 (-38.5%) mengejutkan ramai pihak.

Ramai penganalisis berpendapat akan berlaku “The Second Great Depression-1929” sekali lagi. Apakah benar begitu. Mari kita selidiki lebih mendalam melalui beberapa analsis yang dibuat.
The Great Depression berlaku buat pertama kalinya di United States of America pada tahun 1929 tepatnya 4 September 1929. Ia menyaksikan kejatuhan yang paling teruk pernah berlaku dalam sejarah Wall Street.

Walaupun ramai ahli ekonomi mempunyai pelbagai spekulasi dan pandangan penyebab kehancuran ekonomi waktu itu adalah disebabkan kejatuhan Wall Street, namun mereka akui bahawa kejatuhan tersebut memberikan kesan mendalam terhadap ekonomi amnya.

New York Stock Exchange (NYSE) merupakan Pusat Dagangan terbesar di dunia. Pasaran yang mencanak naik berakhir pada hari Khamis 24 Oktober 1929 yang disebut dengan Black Thursday. Harga-harga saham di NYSE jatuh teruk pada hari itu dan berterusan selama sebulan. Panic Selling terjadi, mengakibatkan penjualan 16 juta pegangan terjual besar besaran. Setelah peristiwa September tersebut, Dow Jones Industrial Average (DJIA) melantun semula pada awal tahun 1930, namun tidak lama setelah itu DJIA jatuh lagi pada suku kedua ianya jatuh kembali ketahap terendah sehingga tahun 1932.

Hingga akhir tahun 1954, pasaran Kewangan tersebut tidak kembali keparas tertinggi yang pernah dicapainya sebelum ini. Pelabur mula hilang keyakinan terhadap Wall Street. Sehingga 8 Julai 1933, DJIA turun kepada $41.22. Itulah kerugian 90 peratus dari penutupan tertinggi $381.2 pada 3 September 1929. Ia adalah pasaran bearish terburuk dari segi peratusan kerugian dalam sejarah.

Ia mengambil masa selama 25 tahun untuk DJIA kembali ke paras yang pernah dicapainya sebelum ini. Diantara 1935 sehingga 1940, pasaran Dow Jones terumbang ambing. Kenaikan pernah terjadi sehingga $194 pada awal 1937 sebelum jatuh ke $98, 8 tahun kemudian. Sila rujuk Rajah 1.

Akibat daripada peristiwa tersebut, ramai yang terpaksa menutup perniagaan dan menggunakan wang simpanan untuk membayar margin. Pengangguran meningkat kepada 25 peratus, pertumbuhan ekonomi US menurun 50 peratus dan perdagangan dunia merosot 65 peratus kerana harga jatuh 10 peratus setahun, akibat deflasi.

Setelah 90 tahun peristiwa itu berlaku, apakan “cycle” tersebut bakal berulang kembali ? Saya menganalisis menggunakan kaedah Gann, Fibonacci dan Cycles. Angka 90 merupakan angka kegemaran W.D. Gann. Seorang Pedagang terkenal di Wall Street-pernah digelar The Wizard of Wall Street. Beliau antara top 5 trader yang dikagumi dan disegani di dunia pasaran kewangan sehingga sekarang. Gann menjangkakan kejatuhan Wall Street pada tahun 1929 (The Great Depression) setahun sebelum itu.

TAK SEMPAT NAK TRADE? TAK PANDAI TRADE? TRADEBOT KAMI BOLEH BANTU ANDA . KLIK SINI !!

Kaedah analisis beliau sangat unik. Secara relatifnya, beberapa faktor seperti “Bubble Asset”, margin debt, kadar pengangguran, Yield curve dan Index dikenalpasti sebagai matrik kiraan jangkaan. Perbezaan antara Bond 5 tahun dan 30 tahun akan memberikan keluk songsang. Sehingga tahun 2020, wujud keadaan dimana keluk songsang dan dan mendatar pada kadar hasil. Walaupun data data tersebut mampu mengenalpasti puncak “ Bubble Asset” beberapa bulan sebelumnya, namun ianya tidak dapat memberikan petunjuk awal dalam kiraan tahun.

Oleh itu, kaedah Gann digunapakai berasakan Geometri, Astronomi, Astrologi, dan Matematik. Gann merupakan spekulator yang sangat berjaya. Beliau menghabiskan beberapa dekad untuk menyelidiki corak di pasaran ekuiti / kewangan. Dia menyimpulkan bahawa ekuiti menunjukkan trend kitaran tertentu berdasarkan masa. Ditinjau dari data data statistik kewangan teknikal, taburan frekuensi bagi DJIA bagi beberapa tahun ini memaparkan kedudukan yang agak baik dengan kadar hubungan antara indeks bolehubah terkait.

Berdasarkan kitaran 90 tahun,seperti yang saya sebutkan sebelumnya. Ini apa yang diperkatakan oleh Gann “When we start from Sunrise or the Horizon and measure to Noon, we get an arc of 90 degrees, which is straight up and down starting from the bottom. 90 months or 90 years is a very important time period. The 90-Year Time Cycle is one of the very important ones because it is two times 45.

This time period must always be watched at the end of long time periods.” Ini bermaksud kitaran dominan yang diambilkira dalam menentukan sesuatu analisis diambil pada 90. Tahun yang dimaksudkan adalah antara 2019-2020. Namun bukan semua kitaran 90 akan memberikan ukuran statik. Corak pergerakan yang sama 90 tahun dahulu kini terjadi pada carta DJIA. Melalui beberapa kaedah yang digunapakai, kebarangkalian berlakunya krisis ekonomi semakin jelas kelihatan.

Langkah langkah pengawalan dan keseimbangan harus diperkenalkan bagi memastikan impak kejatuhan tidak memberi kesan besar dalam ekonomi. Insyallah di bahagian akan datang akan kita bincangkan lebih lanjut.

sumber daripada FB Dr. Izzul
CFTe, MSTA, CPhys, MInstP, MIET, MIPM

BUAT BISNES ONLINE DAN UNTUNG SEHINGGA 1200% SEBULAN .KLIK SINI !!

INFO RICHM7 GLOBAL NETWORK

RICHM7 GLOBAL NETWORK
TRADERVERSITI sediakan beberapa produk fintech untuk kita sama sama membuat keuntungan daripada dagangan matawang.Anda juga dialu alukan untuk kembangkan karier anda bersama kami sebagai I.B

Artikel berkaitan

LEBIH 2 JUTA ORANG AKAN HILANG PEKERJAAN DI MALAYSIA

KEMBANGKAN MODAL NIAGA ANDA DENGAN COPYTRADE KAMI. KLIK SINI !!       JOBSTREET.COM mendedahkan lebih …

error: Content is protected !!