Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
ARTIKEL YANG MENARIK
Home / TERKINI / 76% KAKITANGAN AWAM GAJI KURANG RM5,000

76% KAKITANGAN AWAM GAJI KURANG RM5,000

KIRA-KIRA 76 peratus atau 866,270 daripada 1.1 juta kakitangan awam dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima gaji kurang RM5,000 sebulan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong.

Katanya, berdasarkan data Jabatan Akauntan Negara sehingga 30 Jun lalu, jumlah itu membabitkan pegawai kerajaan yang termasuk dalam kumpulan pegawai gred 44 dan ke bawah.

“Bagaimanapun, jika mengambil kira imbuhan tetap dan elaun bulanan yang diperuntukkan kepada kumpulan terbabit, jumlah itu menurun kepada 742,561 orang atau 65 peratus.

“Bagi menjaga kebajikan penjawat awam, kerajaan sentiasa membuat kajian semakan elaun dan gaji penjawat awam berdasarkan prinsip ditentukan dalam perkhidmatan awam,” katanya.

Vui Keong berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Datuk Mansor Othman (PH-PKR-Nibong Tebal) yang dikemukakan pada sidang Dewan Rakyat minggu lalu.

Sementara itu, Vui Keong berkata, kerajaan sentiasa berhati-hati dalam membuat kajian dan semakan gaji, elaun dan imbuhan penjawat awam dengan mengambil kira implikasi perbelanjaan mengurus serta kedudukan kewangan negara.

Katanya, struktur gaji Perkhidmatan Awam yang digunakan pada masa ini berpandukan Jadual Gaji Minimum-Maksimum (JGMM).

“Penetapan struktur gaji minimum-maksimum bagi anggota sektor awam berasaskan konsep gaji yang berpatutan untuk menyara keperluan asas iaitu makanan, pakaian dan perumahan.

“Gaji yang ditentukan adalah berdasarkan prinsip kadar upahan untuk kerja, kelayakan masuk dan latihan, relativiti dan pariti,” katanya.

Artikel ini disiarkan di harian metro online pada : Isnin, 22 Oktober 2018 @ 5:38 PM
Apa reaksi anda baca post ini
Love
Haha
Wow
Sad
Angry

INFO RICHM7 GLOBAL NETWORK

RICHM7 GLOBAL NETWORK
Kami adalah komuniti yang menggunakan RICHM7 DOM-E sebagai pelengkap didalam dagangan matawang.Kami buka peluang bagi anda yang ingin bersama sama kami mengembangkan karier sebagai pedagang dalam pasaran matawang dunia.

Pembaca juga suka baca

JOM BUAT BISNES ONLINE 30USD – 100USD SEHARI

BUAT DUIT USD30 HINGGA USD100 SEHARI tanpa perlu menjual barang.Hanya melalui trading forex dengan sistem …