Kaedah entry terbahagi kepada dua:
Short term: Intraday trade (termasuk Scalping)
Long term: Position dan swing trade
Ramai yang memilih untuk short term trade. Ia kerana faktor mahukan pulangan pantas dalam masa yang singkat.
Ada pandangan menyatakan shorter term trade kurang berjaya berbanding longer term trade. Saya kurang setuju dengan kenyataan ini kerana skewed data atau observation.
Disebabkan lebih ramai Trader memilih shorter term trade, Itulah sebabnya lebih ramai Trader gagal di short term.
Sebelum anda memilih kaedah trade, fahami dahulu apa sifat-sifat kaedah berkenaan.
Short term Trade
1. Scalping: trader enter market Untuk beberapa saat sehingga paling lama satu sesi trading. Banyak positions untuk mendapatkan pergerakan kecil dalam market. Penguasaan teknikal analysis bersama Intermarket Analysis untuk mendapatkan entry level serta exit levels.
2. Intraday: trader enter market Untuk satu/dua sesi trading seharian. Penguasaan Analisa Teknikal, Analisa Intermarket dan Analisa Sentimen yang kukuh.
Trading Time
Asia: currency pilihan adalah JPY, AUD dan NZD. Sesi Asia mempunyai liquidity pasaran rendah dan biasanya level support dan resistance bertahan. Commercial orders dominate Asian session disebabkan oleh jenis ekonomi yang aktif semasa tempoh berkenaan. Trend pasaran biasanya dipengaruhi oleh sentimen dan Pasaran komoditi.
Eropah: currency pilihan adalah Euro, GBP dan CHF. Market correction biasa berlaku di hujung Asian Session sebelum London Open. Liquidity Pasaran mula bertambah. Economic data releases pada awal European session mempengaruhi trend Pasaran.
US: currency pilihan adalah USD dan CAD. Pada awal sesi US, terdapat pertindihan dengan sesi Eropah. Pada masa ini, liquidity pasaran adalah pada kadar paling tinggi. Kegiatan spekulatif menyebabkan sesuatu trend yang telah established pada awal sesi meneruskan pergerakan dengan menggunakan liquidity atau Orders daripada early US session (piggy back). Data releases sebelum Wall Street Open mempengaruhi Sentimen Pasaran.
Long Term Trade
1. Swing: Inter day trade dengan tumpuan kepada Price swing pasaran dan faktor pullback. Pemahaman Analisa Fundamental dan Analisa Sentimen untuk memahami market type.
2. Position: long term entry dengan tumpuan kepada Major Sentiment divergence untuk price correction bersama fundamental trend.
Cari kaedah trade yang sesuai dengan diri anda. Kenali personaliti trading anda sebelum memilih kaedah.
Short term trader
– Pemahaman teknikal dan Sentimen market yang kukuh
– trading psychology yang kukuh
– mempunyai masa untuk monitor market dan position
Long term trader
– Pemahaman fundamental dan Sentimen market
– less market monitoring time
Jangan cuba jadi “orang lain” dalam trading. Cari diri anda, kaedah anda bersama pemahaman market.
Jadi trader.