BANGI: Peluang melanjutkan pelajaran di menara gading, kini bukan lagi jaminan bagi anak-anak daripada keluarga miskin serta kelompok kumpulan pendapatan isi rumah terendah, B40, untuk mengubah nasib keluarga dan diri.
Berbekalkan diploma dan ijazah yang dimiliki selepas dua hingga empat tahun pengajian, peluang mereka memperoleh pekerjaan bergaji setimpal kelulusan kelihatan semakin sukar, melainkan jika berpeluang menyertai perkhidmatan awam.
Situasi itu menyebabkan peningkatan jumlah graduan dan siswazah menganggur, selain ramai terpaksa menceburi pekerjaan bukan bidang pengajian, selain dibayar gaji atau imbuhan tidak setimpal kelulusan dimiliki.
Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan pada suku pertama 2019, negara merekodkan seramai 516,600 penganggur. Pada masa sama, seramai 238,286 penganggur termasuk 174,327 siswazah, mendaftar sebagai pencari kerja aktif dengan JobsMalaysia di bawah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Semenanjung.…
#sumber daripada berita harian online