ARTIKEL TERBAIK

CARA NAK FAHAM SENTIMEN PASARAN

KEMBANGKAN MODAL NIAGA ANDA DENGAN COPYTRADE KAMI. KLIK SINI !!

Pemahaman Sentimen Pasaran

Ramai yang mendapati sukar untuk memahami sentimen pasaran. Apa yang nak fokus, apa yang tengah dilihat oleh pasaran, terlalu banyak maklumat dan kadang-kadang apa yang dilihat di harga tidak sama dengan gambaran yang diberikan oleh sentimen.

Untuk memahami sentimen, seorang pedagang perlu memahami faktor fundamental terlebih dahulu. Apa gambaran yang diberikan oleh penggubal polisi, sama ada kerajaan untuk dasar fiskal dan bank pusat untuk polisi monetari.

Dasar fiskal: Sama ada terdapat potongan cukai atau pertambahan perbelanjaan kerajaan.

Polisi Monetari: Sama ada polisi semasa menambah kredit atau mengurangkan kredit. Apa forward guidance yang diberikan.

Itu secara asasnya apa yang dimaksudkan dengan Analisa Fundamental. Pedagang memantau indikator-indikator ekonomi seperti pekerjaan, inflasi dan pertumbuhan ekonomi untuk melihat keadaan semasa dan jangkaan ekonomi.

Ia kerana penggubal polisi turut melihat data yang sama dalam menentukan dasar ekonomi.

Setelah memahami fundamental, pedagang mula melihat faktor sentimen. Apa yang menjadi tumpuan pasaran semasa?

Terlalu banyak maklumat dan data yang ada. Bagaimanapun, pada setiap masa, tumpuan pasaran hanyalah kepada 2-3 tema.

Fahami tema-tema berkenaan. Bagaimana mengenalpasti tema yang menjadi tumpuan pasaran?

TAK SEMPAT NAK TRADE? TAK PANDAI TRADE? TRADEBOT KAMI BOLEH BANTU ANDA . KLIK SINI !!

Lihat laporan agensi berita seperti Bloomberg, Reuters dan mungkin juga di Forexlive.com. Apa yang dilaporkan.

Lihat impak kepada pergerakan harga semasa. Adakah harga bergerak selari dengan tema berkenaan?

Setelah mendapat tema untuk matawang yang anda dagangkan, lihat Major dan crosses untuk matawang berkenaan. Manakah yang paling jelas terkesan? Gabungkan yang kuat dengan yang lemah.

Tema pasaran:
1. Kesan tema
2. Apa yang mungkin terjadi? Apa possible outcome?
3. Apa probability untuk outcome?

Cari catalyst untuk dagangan anda dengan memahami sentimen pasaran. Ini adalah kunci kepada spekulasi dagangan dan pasaran sentiasa membuat adjustment berdasarkan maklumat yang mempengaruhi penilaian sesuatu matawang untuk jangka depan.

Setiap kali anda berdagang, lihat dahulu Open market call Contohnya, atau news feed. Tanya soalan berikut:
1. Adakah terdapat maklumat yang baru?
2. Jika ya, adakah ia telah dijangka? Adakah ia penting? Adakah ia positif atau negatif untuk matawang yang anda sedang Analisa?
3. Jika tidak, teruskan mengikut arah atau tema yang anda lihat sebelum ini.
4. Jika tidak pasti, stand aside.

Apabila melihat sesuatu laporan, tidak perlu bagi seorang pedagang pergi terlalu dalam. Ambik apa yang dilaporkan. Lihat harga dan sesuaikan. Bukan tugas seorang pedagang untuk menganalisa terlalu mendalam sesuatu maklumat.

Sentiasa melihat daripada sudut Yield, risk dan liquidity. Fikirkan kesan maklumat kepada polisi bank pusat.

BUAT BISNES ONLINE DAN UNTUNG SEHINGGA 1200% SEBULAN .KLIK SINI !!

INFO RICHM7 GLOBAL NETWORK

RICHM7 GLOBAL NETWORK
TRADERVERSITI sediakan beberapa produk fintech untuk kita sama sama membuat keuntungan daripada dagangan matawang.Anda juga dialu alukan untuk kembangkan karier anda bersama kami sebagai I.B

Artikel berkaitan

SEJARAH BAGAIMANA TERCIPTANYA “JAPANESE CANDLESTICK” YANG KITA GUNAKAN HARI INI

KEMBANGKAN MODAL NIAGA ANDA DENGAN COPYTRADE KAMI. KLIK SINI !!     Artikel ini akan memberi …

error: Content is protected !!