Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
ARTIKEL YANG MENARIK
Home / FOREX / CARA MENGIRA ZAKAT BAGI PELABURAN TUKARAN MATAWANG ASING SECARA ONLINE

CARA MENGIRA ZAKAT BAGI PELABURAN TUKARAN MATAWANG ASING SECARA ONLINE

Di dalam urusniaga Forex, modal yang diniagakan dan keuntungan yang terhasil daripada aktiviti jual beli sepanjang tahun dan cukup haul dan nisabnya adalah wajib dizakatkan berdasarkan firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah ayat 267 yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (zakat) sebahagian hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu” – Al-Baqarah (267)

Antara syaratnya:
1. Islam

2. Sempurna milik – Memiliki modal dan berkuasa menguruskannya dan mendapat manfaat atas pelaburan tersebut.

3. Cukup Nisab – Bersamaan dengan 85gm Emas nilaiannya (Approx RM14,100.00) pada 2017

4. Cukup Haul – Cukup tempoh pemilikan selama setahun

5. Halal – Bukan modal curi, menipu, gharar, judi

Kaedah Pengiraan:

Nilai zakat yang diwajibkan adalah 2.5% daripada nilai pelaburan di hujung Haul. Bagi pelaburan yang diniagakan, jumlah keuntungan yang ditunaikan sepanjang tahun hendaklah dicampurkan.
= (nilai pelaburan/modal di hujung Haul + keuntungan) x 2.5%


 *** Jika nilai modal dan keuntungan selama setahun adalah kurang drpd Nisab (Approx RM 14,100) maka tidaklah ia diwajibkan zakat.

Floating Position – Unrealized P/L (NEGATIVE)
Bagaimana pula jika akaun ada NEGATIVE FLOATING? NEGATIVE FLOATING tidak dikira sebagai realized P/L dan tidak diambil kira sebagai pemilikan sempurna kerana keuntungan dan kerugian tidak betul-betul menjadi milik pelabur. Cuma, modal asal setelah ditolak margin serta kerugian (-ve floating) sahaja yang wajib dizakat.

Sebagai contoh:


Floating Position – Unrealized P/L (POSITIVE)

Bagaimana pula jika akaun ada Positive Floating? Positive Floating juga tidak dikira sebagai realized P/L dan tidak diambil kira sebagai pemilikan sempurna kerana keuntungan dan kerugian tidak betul-betul menjadi milik pelabur. Cuma, modal asal setelah ditolak margin serta (+ve floating) sahaja yang wajib dizakat.

Sebagai contoh:

Nota: Tetapi jika akhirnya setelah ditutup Positive Floating tersebut menjadi REALIZED PROFITS maka wajiblah dizakatkan ke atas keuntungan tersebut.

Jika hanya mengambil kira kpd KEUNTUNGAN semata-mata disebabkan modal tidak cukup nisab (Kurang daripada nilai 85gm Emas / Approx RM14,100.00.

Bagaimana pula jika akaun bermodalkan dengan modal yang kecil tetapi diakhirnya keuntungan melebihi jumlah modal dan cukup nisab? Bagi pelaburan yang dijual beli sepanjang tahun, maka dikira 2.5% atas jumlah keuntungan pelaburan setelah ditolak modal permulaannya.

Sebagai contoh:

Jika dinilai kembali, bukan banyak pun yang perlu dizakatkan. Semuanya atas Iman kita sahaja bagi memastikan rezeki yang kita dapat adalah bersih.

Rasulullah SAW telah bersabda melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA yang bermaksud:

“Siapa sahaja yang menjadi tuan punya emas dan perak dan tidak menunaikan zakatnya, pada hari kiamat nanti akan disediakan kepadanya hamparan api yang dipananskan oleh neraka. Dengan api itulah akan diselarkan rusuk dan belakangnya…” (Sahih Muslim)

Semoga memberi manfaat kepada semua trader yang beragama Islam dan mempunyai rasa tanggungjawab dlm menunaikan perintah Allah SWT.

Sumber dari Nizam Mohd / Wak Salam Erwin Joko (WSEJ Academy)

Apa reaksi anda baca post ini
Love
Haha
Wow
Sad
Angry

INFO RICHM7 GLOBAL NETWORK

RICHM7 GLOBAL NETWORK
Kami adalah komuniti yang menggunakan RICHM7 DOM-E sebagai pelengkap didalam dagangan matawang.Kami buka peluang bagi anda yang ingin bersama sama kami mengembangkan karier sebagai pedagang dalam pasaran matawang dunia.

Pembaca juga suka baca

CEO GAJI TERTINGGI ADALAH DARIPADA SYARIKAT YANG DIKUASAI OLEH AHLI KELUARGA

KUALA LUMPUR: Syarikat senaraian awam dikuasai keluarga adalah firma yang memberi imbuhan paling tinggi kepada …