ARTIKEL TERBARU

BELAJAR ASAS FOREX

KEMBANGKAN MODAL 100USD ANDA MENJADI 6 ANGKA DALAM SETAHUN ! KLIK SINI

Forex (Foreign Exchange) ialah pertukaran matawang asing.

Ia juga dipanggil spot market.

Pertukaran matawang melibatkan lebih kurang 4500 bank dari seluruh dunia.

Tiada headquarters (HQ) atau satu lokasi yang tertentu untuk melakukan transaksi pertukaran matawang.

Semua transaksi jual beli dan pertukaran matawang dilakukan secara online melalui Internet.

Transaksi harian melibatkan 1.5 trillion US Dollar.

Forex dibuka kepada pelabur-pelabur kecil sejak tahun 1995.

Dalam kehidupan kini kita nak tukar wang kena pergi ke kaunter pengurup wang, tetapi Forex kita melakukan pertukaran wang diatas talian

Sesi Trading

TAK SEMPAT NAK TRADE? TAK PANDAI TRADE? TRADEBOT KAMI BOLEH BANTU ANDA . KLIK SINI !!

Pasaran Forex dibuka 24 jam sehari dan 5 hari seminggu

Pasaran Forex akan dibuka hari Isnin setiap minggu seawal jam 6 pagi waktu malaysia dan tutup pada hari sabtu jam 6 pagi waktu malaysia.

Pasaran Forex akan di tutup setiap hari Sabtu dan Ahad.

Walaupun sesetengah negara membuat cuti umum, pasaran Forex tetap diniagakan di seluruh dunia.

Terdapat 3 sesi trading yang paling utama iaitu Tokyo, London dan New York.

Berikut adalah waktu trading bagi setiap sessi dalam waktu Malaysia.

Matawang

Matawang yang ditawarkan dalam forex trading ini adalah :

Matawang terbahagi kepada 2 iaitu major dan minor. Major ialah matawang yang paling kerap diperdagangkan iaitu USD, EUR, GBP, CHF, JPY, AUD & CAD. Minor ialah matawang-matawang selain daripada matawang major.

Currency pair pula terbahagi kepada 2 jenis iaitu major pair dan cross pair.

Major pair ialah semua currency pair yang salah satu pair merupakan USD. Semua currency pair yang berpasangan dengan USD dipanggil major pair. 4 major pair yang paling utama ialah EUR/USD, GBP/USD, USD/JPY dan USD/CHF.

Cross pair ialah semua currency pair yang tidak berpasangan dengan USD. Contohnya EUR/JPY, EUR/CHF, GBP/JPY, EUR/GBP dan sebagainya.

Perbezaan FOREX dan SAHAM

Jenis Market (Bearish, Bullish)

Trader membeli atau menjual sesuatu pasangan matawang mengikut nilai terkini harga pasaran.Harga ini berubah -ubah mengikut pasaran.

Apabila harga pasaran berterusan naik,ini dikatakan pasaran”Bullish” dan sebaliknya bila harga pasaran berterusan turun, ini dikatakan “Bearish”

Trader boleh mengambil keuntungan semasa pasaran Bullish dan juga Bearish kerana Forex adalah pasaran 2 hala.

Bawah ini merupakan contoh market Bullish dan Bearish..

BULLISH
(Waktu untuk BUY)

BEARISH
(Waktu untuk SELL)

Konsep BUY dan SELL

PIP

Pip ni dalam erti kata lain ia sama juga seperti titik perpuluhan cuma dalam forex ia dipanggil pip. Contoh paling mudah tahun lepas ahmad dapat no 6 dalam kelas, tahun ini pula ahmad dapat no 1 dalam kelas. jadi disini ahmad telah naik 5 anak tangga. Jadi dalam kiraan forex dipanggil 5 pips.

Pip merupakan unit ukuran bagi pergerakan harga. Jika harga naik daripada 1.9005 ke 1.9006, ia dikatakan telah naik 1 pip. Apabila harga turun daripada 1.9005 ke 1.9004, ia dikatakan telah turun 1 pip.

Ok saya perjelaskan lagi berkenaan kiraan Pips.. lihat gambar dibawah.. sy sell 0.10 sen pada harga 1.1346 dan saya take profit pada harga 1.1227 .. ok beza pips dari price saya masuk (entry) adalah dalam 120 pips.. jadi jika price sell touch 1.1227 saya akan dapat 120 USD..

Jenis-Jenis Order
Market Order

Market order ialah sejenis order untuk BUY atau SELL pada harga semasa. Contohnya boleh lihat gambar diatas tadi, saya sell pada price semasa iaitu pada harga 1.1346. Itu yang dimaksudkan kita buy or sell pada harga semasa.

Limit Order (Take Profit Order)

Limit order ialah sejenis order di mana anda boleh menetapkan berapa banyak keuntungan yang anda mahu dengan meletakkan harga tertentu untuk anda close position anda secara auto.
Katakan anda BUY GBP/USD pada 1.8000 dan ingin mengambil untung sebanyak 20 pip.

Anda boleh set Limit Order atau Take Profit anda pada harga 1.8020. Apabila harga naik mencecah 1.8020, position anda akan ditutup secara automatik.

Boleh lihat gambar dibawah. Saya buat take profit pada harga 1.1227.. jadi jika price dah sampai pada price itu entry 10 sen saya tersebut akan close dengan auto tanpa perlu kita close secara manual. Take profit ini selalu trader buat jika trader sudah tahu kemana hala tuju price dan sering kali juga buat semasa trader sedang sibuk.

Jadi trader tak perlu pantau lagi chart kerana sudah ada take profit ini tadi.

Stop Order (Stop Loss Order)

Stop Loss order ialah sejenis order di mana anda boleh menetapkan berapa banyak kerugian yang anda sanggup tanggung.
Katakan anda BUY GBP/USD pada 1.8000 dan ingin mengambil untung sebanyak 20 pip. Jika harga naik, anda akan untung. Tetapi jika harga turun lebih rendah daripada 1.8000, anda akan rugi.

Dengan menggunakan Stop Loss order, anda boleh tetapkan berapa pip anda sanggup rugi. Jika anda sanggup rugi 20 pip sahaja, anda boleh letakkan Stop Loss order pada harga 1.7980. Apabila harga turun sampai 1.7980, position anda akan ditutup dan anda akan rugi 20 pip sahaja.

Jika anda tidak meletakkan stop loss, anda mungkin akan rugi lebih daripada itu.

Dengan kata lain Stop Lost ini kita auto cut kerugian daripada akan terus rugi.

Buy Stop

Buy Stop order ialah sejenis order untuk anda BUY pada manamana harga yang berada lebih tinggi daripada harga semasa.

Lihat gambar dibawah. saya xnak buy pada price semasa iaitu pada harga 120.28.. tapi sy nak buy pada harga 120.54 seperti line merah.. jadi kita set buy stop pada harga itu.. jadi selepas sahaja price melepas 120.54, maka oder saya akan auto masuk.. maksudnya disini kita xperlu tunggu harga untuk sampai disitu, jadi kita buat buy stop untuk auto masuk. Sistem akan masukkan entry buy untuk kita. Kebiasaanya buy stop ini dilakukan jika trader dah tahu arah price akan kemana.

Buy Limit

Buy Limit order ialah sejenis order untuk anda BUY pada manamana harga yang berada lebih rendah daripada harga semasa.

Ok lihat gambar dibawah.. price semasa berada pada 0.9611, tapi saya tak buy pada harga tu atau kawasan itu.. jadi saya setkan buy limit pada 0.9521.. jadi jika price sentuh saja pada price itu maka automatik akan masuk sendiri entry buy. Biasanya trader buat buy limit sebab nakkan harga paling rendah..

jika dia terus masuk buy pada harga semasa tetapi price terus menurun.. jadi dia rugi tak? Sebab itu fungsi wujudnya buy limit.. trader jugak biasa buat buy limit semasa mereka tak dapat nak hadap chart. Jadi traders gunakan fungsi ini untuk auto masuk. Jadi mereka tak perlu lagi hadap chart dan tunggu price untuk sampai ke area buy limit.

Sell Stop

Sell Stop order ialah sejenis order untuk anda SELL pada manamana harga yang berada lebih rendah daripada harga semasa.

Konsep sell stop sama juga seperti buy stop diatas tadi. Cuma ini position sell.
Rasanya tak perlu saya terangkan detail lagi. Boleh rujuk buy stop diatas..

cuma bezanya yang ini sell. Ok jika saya setkan sell stop saya pada harga 1.1339 jika price semasa dah cecah 1.1339 maka entry sell saya akan auto masuk.. maksudnya disini kita xperlu tunggu harga untuk sampai disitu, jadi kita buat sell stop untuk auto masuk. Sistem akan masukkan entry sell untuk kita. Kebiasaanya sell stop ini dilakukan jika trader dah tahu arah price akan kemana.

Sell Limit

Sell Limit order ialah sejenis order untuk anda SELL pada mana-mana harga yang berada lebih tinggi daripada harga semasa.

Ok lihat gambar dibawah.. price semasa berada pada 1.1360, tapi saya tak sell pada harga tu atau kawasan itu.. jadi saya setkan sell limit pada 1.1382.. jadi jika price sentuh saja pada price itu maka automatik akan masuk sendiri entry sell. Biasanya trader buat sell limit sebab nakkan harga paling tinggi.. jika dia terus masuk sell pada harga semasa tetapi price terus menaik.. jadi dia rugi tak? Sebab itu fungsi wujudnya sell limit.. trader jugak biasa buat sell limit semasa mereka tak dapat nak hadap chart. Jadi traders gunakan fungsi ini untuk auto masuk. Jadi mereka tak perlu lagi hadap chart dan tunggu price untuk sampai ke area sell limit.

Take Profit (TP)

Okay take profit ini traders sering gunakan bila mereka dah tau price akan kearah mana. Lihat gambar dibawah, saya buy pada harga 184.25 dan saya nak close keuntungan saya pada harga 186.76. jadi saya buat take profit (TP) pada harga 186.76. Bila price cecah saja pada harga TP tadi maka entry kita akan close dengan sendirinya. Jadi kita dah tak perlu lagi tengok chart untuk manual close disebabkan kita dah setupkan TP tadi.

PERINGATAN

Peringatan untuk trader baru yang betul2 baru belajar forex ya. Setiap kali ENTRY anda tak perlu buat sell limit, buy limit, buy stop, sell stop, SL, TP siap2 ya.. melainkan jika anda dah tahu mana tempat sesuai nak letak jenis2 oder ini. Kebanyakan trader pon mereka cuma lakukan oder biasa saja.. saya beritahu ni sebab ada trader2 baru yang masukkan oder2 seperti diatas tanpa tahu tujuan dan hala tuju price. Saya bgtau makna setiap oder diatas sebab nak anda tahu saja apa makna jenis2 oder ini.

Jenis-jenis Trader
Scalper

Menggunakan teknik scalping iaitu mengambil profit yang sedikit, selalunya kurang daripada 10 pip untuk setiap trade.
Scalper selalunya trade lebih daripada 10 kali dalam sehari.
Mendapat untung yang banyak apabila membuka banyak position dan mengumpul jumlah pip yang sedikit bagi setiap position.

Swing

Position dibuka lebih daripada 24 jam, mungkin 2 hari, 2 minggu, 2 bulan atau sebagainya.
Merupakan mid-term & long-term trader.
Mereka lebih suka trade mengikut arah trend, terutamanya trend yang besar (major trend pada timeframe 4 hour atau daily dan sebagainya).
Trader akan dikenakan daily interest apabila position mereka dibiarkan/dibuka melebihi tempoh 24 jam.

Intraday

Position dibuka tidak lebih daripada 24 jam

Laverage

Leverage membolehkan trader forex meningkatkan keupayaan trading dan menggunakan volume trading yang besar untuk trading. Contohnya dengan leverage 1:100 dan trader deposit USD100, Jadi MM trader akan lebih sangat terkawal. Dengan leverage 1:100 dan bermodalkan 100 USD dalam acc, trader tidak boleh trade lot besar seperti 0.50 dan keatas.. jika trader entry menggunakan lot tersebut dan keatas nnti di Mt4 itu akan keluarlah warning yang mengatakan lot sebesar itu tidak boleh dimasukkan. Kalau nak jaga MM, penggunaan laverage 1:100 adalah yang terbaik.
Pada yang nak cepat untung mereka akan buat leverage sampai 1:1000, jadi dengan modal 100 USD mereka boleh buka lot 1 USD atau 2 USD tapi ia sangat2 terdedah kepada lost. jadi semakin kecil leverage anda, semakin selamat akaun anda dari lost(MC).

Broker

Ok kita daftar akaun dan masukkan modal adalah melalui broker. Broker ini merupakan syarikat yang menyediakan transaksi keluar masuk wang anda. Ibarat seperti orang tengah juga, kita nak main forex tapi harus berurusan dengan broker dahulu untuk memasukkan modal dalam akaun.
Bila kita dah bayar jumlah yang ingin kita masukkan ke dalam akaun trading kepada broker, baru lah broker akan memasukkan jumlah USD ke akaun kita. Lepas da masuk tu yg kita boleh trade. Rate pertuakaran USD bukan ikut pada nilai semasa ya, bergantung pada broker juga. Seperti broker Mocaz rate depo dia 4.4 dan rate withdraw dia 4.2 .. jadi jika anda ingin depo minima 10 USD.. anda harus bayar RM44 kepada broker ini nanti mereka akan masukkan 10 USD ke akaun anda. Untuk urusan withdrawal pon melalui broker jugak.

Money Management (MM)

Money Management sangat penting semasa anda menjadi seorang trader berjaya.Tanpa MM anda kemungkinan berhadapan dengan kerugian dan berisiko tinggi.
Pastikan anda risiko maksimun 5% sahaja dari modal anda.
Pastikan anda kawal modal anda dengan mengamalkan MM yang ketat.
Rancang kemampuan trade anda melalui multiple Lot, 1 lot dsb.
Pastikan kesesuaian untuk close position dan nilai profit/rugi anda
Sentiasa set kan SL (Stop loos)
Kenal pasti TP (Take Profit) semasa trade.

Tak faham lagi tentang MM berdasarkan point-point diatas? Ok saya jelaskan.. dalam forex ini mmng anda patut ada ketahanan dari segi emosi. 90% trader gagal adalah disebabkan tidak dapat tahan emosi ketika dalam trading. Ok andai kata dalam akaun trading anda ada 100 USD.. jadi nilai terbaik untuk kita masukkan adalah 0.01 – 0.05 sebaiknya.

Boleh juga masukkan terus 0.10 tapi ia amat bahaya dan tak menjaga MM. Kenapa saya cakap bahaya? Dalam forex ini akan berlaku beratus-ratus pip sehari untuk satu pair. Jadi anda bayangkan jika dalam akaun trading anda ada modal 100 USD tetapi anda masukkan lot size 0.10 .. jika anda sell tetapi price menaik sehingga 20 pips sahaja, jadi anda dah floating kerugian -20 USD.. jika price menaik lagi sehingga 50 pips dah menjadi -50 USD.. lama-lama akaun anda boleh lostb semua jika kerugian sudah melepasi dari modal 100 USD.

Entry kita tadi akan auto close akibat daripada modal yang tak dapat ditanggung lagi. sebab itu dalam forex ni kita tak boleh tamak.. biar perlahan profit janji konsisten profit setiap hari. Sebab itu saya cakap tadi 90% traders gagal disebabkan gagak kawal emosi. Nak kaya cepat, tapi sebaliknya yang jadi.. =)

BUAT BISNES ONLINE DAN UNTUNG SEHINGGA 1200% SEBULAN .KLIK SINI !!
DISKAUN 15%
TIADA HADIAH
CUBA LAGI LAIN KALI
SIKIT JER LAGI
DISKAUN 10%
DISKAUN 10%
TIADA HADIAH
TAK BERNASIB BAIK
SIKIT JER LAGI
DISKAUN 15%
TIADA HADIAH
CUBA LAGI LAIN KALI
REBUT PELUANG UNTUK DISKAUN MENARIK!

Berikan butiran anda dan putarkan cabutan bertuah.

Terma dan syarat :

  • Hanya sekali putaran setiap kali anda layari laman web kami
  • Anda boleh cuba lagi jika tak bernasib baik selepas 7 hari.
STATISTIK COVID-19

Compare Listings

Title Price Status Type Area Purpose Bedrooms Bathrooms
error: Content is protected !!