RISK ON | RISK OFF ini sebenarnya adalah istilah yang digunakan bagi menggambarkan sentimen pasaran semasa.Trader perlu memahami perbezaan dua sentimen pasaran ini bagi membolehkan membuat dagangan dengan lebih tepat.
Contoh sentimen pasaran semasa boleh di baca di CNN
RISK ON ialah keadaan pasaran yang tenang dimana pelabur dan pedagang berada dalam mod “greedy” iaitu ingin mendapat hasil pulangan yang tinggi.
Matawang komoditi meningkat ( AUD | NZD | CAD )
Prestasi bursa saham meningkat kerana pedagang akan melabur ditempat instrumen yang memberikan pulangan yang lebih tinggi
Prestasi bond menurun
RISK OFF pula ialah keadaan pasaran yang panik | kelam kabut dimana pelabur dan pedagang berada dalam mod “panic” iaitu pedagang mahu melindungi aset pelaburan mereka dengan memindahkan modal mereka ke instrumen yang lebih selamat seperti matawang safe heaven ( CHF | JPY ) , bond dan juga Emas.
Matawang komoditi merudum
Prestasi bursa saham menurun kerana pedagang akan membawa keluar pelaburan mereka bagi mengelakkan kerugian terhadap modal pelaburan mereka.
Prestasi bond meningkat.
TIPS :
Untuk menentukan sentimen pasaran Asia : lihat pair matawang AUD JPY
Untuk menentukan sentimen pasaran Eropah : lihat pair matawang EUR CHF
BOND U.S berkait rapat dengan prestasi USD JPY : Jika bond meningkat, USD JPY meningkat
BOND AUSTRALIA berkait rapat dengan prestasi AUD USD : Jika bond meningkat , AUD USD meningkat