ARTIKEL TERBAIK

AKU REDA JUA

KEMBANGKAN MODAL NIAGA ANDA DENGAN COPYTRADE KAMI. KLIK SINI !!

KUALA LUMPUR: Kehidupan bahagia yang disulam suami isteri ini selama 13 tahun direntap sekelip mata apabila Mohd Hafizul Muhamad Zainol, 38, yang menjadi tonggak kekuatan keluarga diserang sakit jantung dan terlantar sejak dua tahun lalu.

Ujian mereka silih berganti apabila tiga minggu lalu kaki kanan isterinya, Intan Shafinaz Sulaiman, 37, pula terpaksa dipotong separas lutut akibat kencing manis.

Kini dengan keupayaan terbatas dan berkerusi roda, wanita itu masih setia menguruskan segala keperluan suami tercinta di samping menjaga dua anak berusia empat serta enam tahun.

Intan Shafinaz yang menetap di Kampung Lahar Kepar, Kepala Batas, Pulau Pinang berkata, suaminya terlantar sejak Februari 2016 akibat terjatuh selepas diserang sakit jantung.

“Suami baru balik kerja petang itu, tidak sangka dia jatuh dan segalanya terus berubah.

“Sampai sekarang suami tidak boleh bertutur dan hanya terlantar di katil.

“Lehernya ditebuk untuk membantu pernafasannya, malah dia tidak boleh makan selain bergantung sepenuhnya kepada susu khas yang dimasukkan melalui hidung,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, sebelum ini segala keperluan suami diuruskan sendirian tetapi berikutan keadaan dirinya yang kini sedikit terbatas membuatkan dia meminta bantuan abangnya untuk membantu.

“Saya baru saja selesai menjalani pembedahan memotong kaki kanan kira-kira tiga minggu lalu. Pergerakan agak terbatas kerana saya menggunakan kerusi roda.

“Namun Alhamdulillah, beban saya terasa ringan sedikit apabila seorang abang ada membantu,” katanya.

TAK SEMPAT NAK TRADE? TAK PANDAI TRADE? TRADEBOT KAMI BOLEH BANTU ANDA . KLIK SINI !!

Intan Shafinaz berkata, jika diikutkan hati, sudah pasti dia berputus asa mengenang keadaan suami dan dirinya yang diuji silih berganti namun demi dua anaknya, dia cekal menerima ketentuan Allah selain mengharapkan keajaiban berlaku.

“Suka tidak suka saya kena reda kerana dia tetap suami dan ayah kepada anak-anak yang masih memerlukannya.

“Isteri mana yang tidak mengharap dia pulih, setiap hari saya berdoa semoga Allah berikan yang terbaik buat kami sekeluarga.

“Dalam keadaan begini (tiada kaki), sudah tentu saya memerlukan suami sebagai kekuatan. Saya masih rasa ‘bernyawa’ sebab nampak dia di depan mata walaupun dia terlantar,” katanya.

Intan Shafinaz berkata, buat masa ini mereka sekeluarga bergantung sepenuhnya kepada wang bantuan ilat Pertubuhan Keselamatan Sosial, Zakat Pulau Pinang dan Jabatan Kebajikan Masyarakat atas nama suaminya.

“Alhamdulillah, buat masa ini dapat juga kami gunakan bantuan terbabit dan tampung perbelanjaan harian walaupun terpaksa berjimat cermat.

“Saya tidak boleh keluar bekerja kerana suami dan dua anak perlukan perhatian, jadi saya ada rancangan selepas kaki pulih, saya akan sambung kembali mengambil upah jahit baju dari rumah.

“Insya-Allah dengan kemahiran yang ada, saya akan sedaya upaya cuba mengubah nasib kami,” katanya.

Orang ramai yang mahu membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank milik Intan Shafinaz, 157344075609.

BUAT BISNES ONLINE DAN UNTUNG SEHINGGA 1200% SEBULAN .KLIK SINI !!

PESANAN ADMIN

ADMIN
Dagangan dalam pertukaran Matawang Asing adalah berisiko tinggi juga memberi pulangan yang besar dan tidak sesuai untuk semua pelabur. Anda di nasihatkan supaya mempertimbangkan pelaburan,objektif, tahap pengalaman dan risiko anda jika masih mahu meneruskan penglibatan dalam industri ini.

Artikel berkaitan

GURU TERLANTAR SELEPAS MENGECAT BILIK DARJAH

KEMBANGKAN MODAL NIAGA ANDA DENGAN COPYTRADE KAMI. KLIK SINI !! PASIR MAS – Pengorbanan seorang guru …

error: Content is protected !!