ARTIKEL TERBAIK

AKHIRNYA FOREX TRADING JUGAKLAH YANG MENJADIKAN SAYA INSAN YANG LEBIH BAIK

KEMBANGKAN MODAL NIAGA ANDA DENGAN COPYTRADE KAMI. KLIK SINI !!

Forex Trading sebenarnya banyak mengajar kita tentang erti kehidupan sebenar. Ia mengajar kita tentang usaha tanpa kenal erti putus asa, disiplin, kegagalan dan banyak lagi erti kehidupan sebenar yang memberi makna sama seperti proses yang kita hadapi dalam industri ini.

Cukuplah dengan angan-angan kosong kita selama ini bahawa ‘Forex Trading‘ adalah jalan singkat ke puncak kejayaan. Ia bukan semudah itu dan ia sama seperti proses kehidupan manusia yang bermula dari bayi sehinggalah dewasa. Begitu juga untuk berjaya dalam industri ini, ia memerlukan proses yang memakan masa, wang, usaha, disiplin, kegagalan dan sebagainya.

Pengalaman dari proses ini jika dihayati dengan mendalam sebenarnya memberikan gambaran kehidupan ini bukanlah mudah dan ia lebih dari semata-mata untuk mendapatkan wang. Ada pepatah mengatakan, “Kejarlah dahulu apa yang anda minat, wang akan datang kemudian”.

Jika anda benar-benar mahu menyerahkan diri anda ke dalam industri ini, kami ucapkan tahniah kerana peluang terbuka luas di sini dengan pasaran yang terbuka 24 jam selama lima hari seminggu. Anda bebas untuk memasuki pasaran dan anda tidak mempunyai pesaing di sini seperti persaingan dalam sukan yang anda ikuti semasa di sekolah dahulu.

Satu-satunya pesaing kita di sini adalah diri kita sendiri.

Ada di antara kita yang pernah mengalami kerugian sehinggakan putus asa dan tidak sanggup lagi melihat ‘MT4’. Sampai macam tu sekali? Ya, tiap kali melihat MT4 rasa ‘down‘. Itulah yang dikatakan dengan ‘kita bersaing dengan diri kita sendiri’ di dalam arena ini.

Tapi perasan tak semakin lama kita dalam industri ini, semakin kita mengenali diri kita sendiri. Kita semakin faham bahawa diri sendiri memang nak cepat kaya, tak boleh sabar, hentak ‘lot gajah’ dan apa jadi? Rugi berkali-kali dan mula lah berputus asa. Bila masa berlalu, barulah kita sedar semua ini ‘proses pembelajaran’ yang mematangkan kita sebagai ‘Forex Trader‘.

Kadang-kadang pasaran Forex ini mengajar kita supaya jangan terlalu ego dengan analisis sendiri, kerana pasaran dengan mudahnya boleh menjatuhkan kita bila-bila masa.

Pasaran Forex juga mengajar kita tentang disiplin, dimana jika kita melanggar disiplin tersebut kita akan dihukum dengan kerugian. Disiplin di sini boleh jadi ‘pengurusan risiko’ atau ‘set-up chart‘ yang kita langgar kerana tidak mahu bersabar.

Kegagalan atau kerugian pula banyak mengajar kita tentang bangkit semula dari kejatuhan. Dengan kegagalan menyebabkan kita mengkaji dan belajar dengan lebih mendalam tentang pasaran sama ada teknik atau strategi agar tidak mengulangi kesilapan lampau.

TAK SEMPAT NAK TRADE? TAK PANDAI TRADE? TRADEBOT KAMI BOLEH BANTU ANDA . KLIK SINI !!

Pada akhirnya ‘Forex Trading‘ jugak lah yang menjadikan kita insan yang lebih baik. Kita akan dapat melihat ‘common sense‘ dalam proses ‘Forex Trading‘ itu yang boleh kita gunakan dalam perniagaan, perhubungan keluarga dan untuk diri sendiri.

#sumber artikel daripada moshed dot com

BUAT BISNES ONLINE DAN UNTUNG SEHINGGA 1200% SEBULAN .KLIK SINI !!

INFO RICHM7 GLOBAL NETWORK

RICHM7 GLOBAL NETWORK
TRADERVERSITI sediakan beberapa produk fintech untuk kita sama sama membuat keuntungan daripada dagangan matawang.Anda juga dialu alukan untuk kembangkan karier anda bersama kami sebagai I.B

Artikel berkaitan

SEJARAH BAGAIMANA TERCIPTANYA “JAPANESE CANDLESTICK” YANG KITA GUNAKAN HARI INI

KEMBANGKAN MODAL NIAGA ANDA DENGAN COPYTRADE KAMI. KLIK SINI !!     Artikel ini akan memberi …

error: Content is protected !!