Penguasaan analisa fundamental adalah asas kepada keputusan dagangan yang dibuat oleh seorang trader. Dengan memahami fundamental, seorang trader akan memhami 3 lagi bentuk analisa yang dibuat dalam dagangan iaitu:
1. Analisa Sentimen
2. Analisa Teknikal
3. Analisa Intermarket
Analisa Fundamental adalah analisa kepada dasar ekonomi sesebuah negara. Ia terbahagi kepada 3 komponen iaitu:
1. Polisi Structural
– apakah asas kepada ekonomi sesebuah negara dan pengagihan resources untuk menyokong asas ekonomi negara berkenaan
– pertanian, pembuatan, servis adalah tiga asas utama. Pahamkan apakah asas kepada ekonomi sesebuah negara berkenaan.
2. Polisi Fiskal
– apakah dasar cukai dan perbelanjaan sesebuah negara
– biasanya polisi fiskal dibentangkan dalam cadangan belanjawan
3. Polisi Monetari
– polisi yang dikeluarkan oleh bank pusat untuk mengawal bekalan matawang dalam ekonomi
– ia terbahagi kepada easing policy di mana bekalan matawang ditambah dan tightening policy di mana bekalan matawang dikurangkan
Fundamental Analisis jarang berubah dan hanya bertukar apabila ada pengumuman polisi baru oleh kerajaan untuk fiskal dan statement oleh central bank untuk monetari.
Trader boleh menyediakan template untuk dasar ekonomi sesebuah negara berkenaan dan mengemaskini template berkenaan apabila ada pengumuman baru yang biasanya berlaku apabila ada dasar baru.
Bagaimana Analisa Fundamental Membantu Trader Memahami Sentimen Pasaran?
Sentimen Pasaran adalah perasaan dan penerimaan pemain pasaran kepada maklumat semasa atau jangkaan kepada sesuatu risk event.
Dengan memahami Fundamental, seorang trader boleh membuat keputusan sama ada sesuatu maklumat sama ada data, political event dan sebagainya akan menggerakkan harga security dagangan.
Trader juga boleh membuat analisa sama ada sesuatu pergerakan itu bersifat corrective (sentimen sementara) atau reversal (sentimen jangka sederhana).
Contohnya:
Fundamental US
Struktural: Ekonomi Berasaskan Services
Fiskal: Cadangan Belanjawan Presiden Trump untuk menurunkan cukai, meningkatkan perbelanjaan infrastruktur, mengkaji semula Dodd-Frank, Health Care Revision, Trade Agreement Revision
Monetary: Tightening with 1 more rate hike in 2017, reduction of asset holding, Inflation data as policy guidance
Dengan maklumat berkenaan, sekiranya ada data market mengenai inflasi US, ia akan banyak mempengaruhi pergerakan USD. Maknanya, sekiranya sebelum ini ada data menunjukkan inflasi US lemah, biarpun Fed dalam tightening stage, trader tidak mencari peluang untuk long USD.
Inilah kaitan di antara Analisa Fundamental, Analisa Sentimen dan Analisa Teknikal.
www.tradingeconomics.com
http://www.investopedia.com/
https://www.wikipedia.org/
Webiste Central Bank
perkongsian dari otai trader Zulkifli Abd Razak